{"id":10027,"date":"2026-05-07T06:32:33","date_gmt":"2026-05-07T06:32:33","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10027"},"modified":"2026-05-07T06:32:33","modified_gmt":"2026-05-07T06:32:33","slug":"kemelut-politik-ns-tak-sepatutnya-berlaku-ketika-negara-berdepan-krisis-tenaga","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kemelut-politik-ns-tak-sepatutnya-berlaku-ketika-negara-berdepan-krisis-tenaga\/","title":{"rendered":"Kemelut politik NS tak sepatutnya berlaku ketika negara berdepan krisis tenaga"},"content":{"rendered":"<p>Kemelut politik di Negeri Sembilan disifatkan sebagai sesuatu yang mengecewakan ketika kerajaan sedang memberi tumpuan penuh terhadap cabaran besar, khususnya krisis tenaga global yang memberi kesan langsung kepada negara.<\/p>\n<p>Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerajaan perpaduan yang dibentuk bersama Barisan Nasional sejak 2022 berpegang kepada tiga teras utama iaitu kestabilan politik, kemakmuran ekonomi dan kebajikan rakyat.<\/p>\n<p>Menurut beliau, prinsip itu berjaya mengekalkan kestabilan negara apabila tiada pertukaran Perdana Menteri sepanjang penggal, dengan Anwar Ibrahim terus memimpin kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cKetika dunia berdepan konflik di Asia Barat, Malaysia turut menerima tempiasnya, khususnya dalam sektor tenaga.<\/p>\n<p>\u201cSekitar 60 peratus bekalan minyak mentah dunia melalui Selat Hormuz, menyebabkan kos penghantaran dan insurans meningkat,\u201d katanya semasa ceramah perdana di Paroi pada Rabu malam.<\/p>\n<p>Beliau menambah, kerajaan tetap berusaha mengekalkan harga bahan api pada kadar RM1.99 bagi mengurangkan beban rakyat walaupun berdepan tekanan kos.<\/p>\n<p>\u201cIni bukan keputusan mudah, tetapi kerajaan terus memastikan bekalan mencukupi dan harga terkawal. Dalam keadaan ini, apabila timbul isu politik di Negeri Sembilan, kita rasa terkilan,\u201d ujarnya lagi.<\/p>\n<p>Turut hadir dalam program itu ialah Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke dan Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun.<\/p>\n<p>Saifuddin turut menegaskan perkembangan politik di negeri itu membawa pengajaran penting kepada parti-parti politik agar memperkukuh kekuatan dalaman.<\/p>\n<p>\u201cKita tidak boleh bergantung kepada kelemahan pihak lawan untuk menang. Kekuatan sebenar datang daripada parti sendiri,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau juga menekankan andskap politik negara telah berubah, apabila tiada lagi parti dominan mampu membentuk kerajaan secara bersendirian.<\/p>\n<p>\u201cPendekatan lama \u2018kita lawan mereka\u2019 perlu ditinggalkan. Politik hari ini menuntut kerjasama dan kebersamaan \u2014 \u2018we are together\u2019,\u201d katanya lagi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kemelut politik di Negeri Sembilan disifatkan sebagai sesuatu yang mengecewakan ketika kerajaan sedang memberi tumpuan penuh terhadap cabaran besar, khususnya krisis tenaga global yang memberi kesan langsung kepada negara. Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerajaan perpaduan yang dibentuk bersama Barisan Nasional sejak 2022 berpegang kepada tiga teras utama iaitu kestabilan politik, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1824,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[3686,3848,1154,727,20,146],"authors":[],"class_list":["post-10027","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-aminuddin-harun","tag-ketua-setiausaha","tag-negeri-sembilan","tag-pakatan-harapan","tag-saifuddin-nasution-ismail","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10027","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10027"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10027\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10028,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10027\/revisions\/10028"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1824"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10027"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10027"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10027"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10027"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}