{"id":10033,"date":"2026-05-07T10:17:03","date_gmt":"2026-05-07T10:17:03","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10033"},"modified":"2026-05-07T10:17:03","modified_gmt":"2026-05-07T10:17:03","slug":"ipr-anjur-konvensyen-rakyat-pada-27-jun-angkat-isu-kos-sara-hidup-azmin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ipr-anjur-konvensyen-rakyat-pada-27-jun-angkat-isu-kos-sara-hidup-azmin\/","title":{"rendered":"IPR anjur Konvensyen Rakyat pada 27 Jun, angkat isu kos sara hidup: Azmin"},"content":{"rendered":"<p>Ikatan Prihatin Rakyat (IPR) mengumumkan penganjuran Konvensyen Rakyat pada 27 Jun ini di Kuala Lumpur, susulan kebimbangan terhadap tekanan kos sara hidup dan ketidaktentuan ekonomi yang semakin dirasai rakyat.<\/p>\n<p>Dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Muhyiddin Yasin hari ini, gabungan itu membincangkan pelbagai isu semasa termasuk cabaran ekonomi, peluang pekerjaan untuk golongan muda serta dakwaan kelemahan kerajaan dalam memupuk perpaduan nasional dan kestabilan politik.<\/p>\n<p>Menurut kenyataan sekretariat gabungan itu, Mohamed Azmin Ali berkata IPR melihat rakyat semakin hilang keyakinan terhadap kemampuan kerajaan menangani isu asas seperti kemiskinan dan peluang pekerjaan berkemahiran.<\/p>\n<p>\u201cIPR merasai denyutan nadi rakyat yang kian tertekan dan memerlukan penyelesaian segera,\u201d menurut kenyataan itu.<\/p>\n<p>Gabungan yang dianggotai 12 ahli itu turut berpendapat situasi semasa membuka ruang kepada pembentukan gagasan politik baharu yang lebih segar dan inklusif bagi membangunkan semula negara.<\/p>\n<p>Mereka menegaskan usaha tersebut perlu berteraskan kesejahteraan rakyat dan pemulihan keyakinan terhadap institusi negara.<\/p>\n<p>Sebagai langkah awal, Konvensyen Rakyat yang dirancang bakal menghimpunkan kira-kira 1,200 perwakilan dari pelbagai latar belakang.<\/p>\n<p>Perbincangan akan memberi tumpuan kepada isu ekonomi rakyat, pembaharuan politik dan tadbir urus, serta integrasi nasional.<\/p>\n<p>Menurut kenyataan itu lagi, konvensyen berkenaan bertujuan merangka penyelesaian praktikal bagi menghadapi cabaran semasa.<\/p>\n<p>\u201cKonvensyen ini akan membahaskan isu-isu rakyat dan menyediakan penyelesaian yang bermakna demi menjamin masa depan yang lebih bermaruah untuk rakyat Malaysia,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ikatan Prihatin Rakyat (IPR) mengumumkan penganjuran Konvensyen Rakyat pada 27 Jun ini di Kuala Lumpur, susulan kebimbangan terhadap tekanan kos sara hidup dan ketidaktentuan ekonomi yang semakin dirasai rakyat. Dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Muhyiddin Yasin hari ini, gabungan itu membincangkan pelbagai isu semasa termasuk cabaran ekonomi, peluang pekerjaan untuk golongan muda serta dakwaan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1327,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[1542,3850,3851,2356,945,1590],"authors":[],"class_list":["post-10033","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-azmin-ali","tag-ikatan-prihatin-rakyat","tag-ipr","tag-konvensyen","tag-kos-sara-hidup","tag-muhyiddin-yassin"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10033","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10033"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10033\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10034,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10033\/revisions\/10034"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1327"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10033"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10033"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10033"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10033"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}