{"id":10069,"date":"2026-05-08T07:04:40","date_gmt":"2026-05-08T07:04:40","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10069"},"modified":"2026-05-08T07:04:40","modified_gmt":"2026-05-08T07:04:40","slug":"bekas-adun-dap-cadang-penternak-babi-selangor-cabar-larangan-di-mahkamah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/bekas-adun-dap-cadang-penternak-babi-selangor-cabar-larangan-di-mahkamah\/","title":{"rendered":"Bekas ADUN DAP cadang penternak babi Selangor cabar larangan di mahkamah"},"content":{"rendered":"<p>Bekas pemimpin DAP Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew mencadangkan penternak babi di Selangor memfailkan semakan kehakiman susulan larangan terhadap aktiviti penternakan babi di negeri itu yang diumumkan baru-baru ini.<\/p>\n<p>Menurut bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran, langkah membawa isu tersebut ke mahkamah perlu dipertimbangkan bagi mendapatkan tafsiran jelas berhubung hak penternak di bawah Perlembagaan Persekutuan.<\/p>\n<p>\u201cKami percaya hak penternak dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan. Biar mahkamah yang menentukan kedudukan sebenar perkara ini,\u201d katanya menerusi hantaran di Facebook.<\/p>\n<p>Liu berkata, walaupun Sultan Selangor mempunyai kuasa penting dalam sistem Raja Berperlembagaan, titah diraja tetap tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara.<\/p>\n<p>\u201cPrinsip utama dalam sistem negara ialah Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi, bukannya mana-mana individu atau institusi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menjelaskan pentadbiran negeri dijalankan oleh kerajaan negeri menerusi Menteri Besar dan barisan Exco, manakala Sultan bertindak mengikut peruntukan Perlembagaan Negeri Selangor dan Perlembagaan Persekutuan.<\/p>\n<p>Isu penternakan babi di Selangor kembali menjadi perhatian selepas kenyataan tegas pihak istana yang menolak aktiviti itu diteruskan di negeri berkenaan.<\/p>\n<p>Kontroversi tersebut turut mencetuskan perdebatan melibatkan sensitiviti agama, kepentingan ekonomi serta hak penternak yang bergantung kepada industri berkenaan sejak sekian lama.<\/p>\n<p>Liu mendakwa ramai penternak kini berada dalam keadaan keliru dan buntu berhubung masa depan operasi mereka.<\/p>\n<p>\u201cMereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan selepas kenyataan \u2018full stop\u2019 itu dikeluarkan,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Liu turut menyifatkan situasi berkenaan sebagai ujian kepada kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan DAP di peringkat negeri serta Persekutuan.<\/p>\n<p>Menurutnya, ramai penternak berharap kerajaan yang mereka sokong sebelum ini tidak akan mengabaikan nasib mereka dalam isu tersebut.<\/p>\n<p>Liu turut mendakwa keputusan akhir berkaitan kontroversi itu bukan sahaja memberi kesan politik kepada kerajaan, malah boleh menjejaskan imej Selangor dan Malaysia di mata masyarakat antarabangsa.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bekas pemimpin DAP Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew mencadangkan penternak babi di Selangor memfailkan semakan kehakiman susulan larangan terhadap aktiviti penternakan babi di negeri itu yang diumumkan baru-baru ini. Menurut bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran, langkah membawa isu tersebut ke mahkamah perlu dipertimbangkan bagi mendapatkan tafsiran jelas berhubung hak penternak di bawah Perlembagaan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10070,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[356,2885,1309,1288,3857,3856,96,1749,262],"authors":[],"class_list":["post-10069","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-adun","tag-babi","tag-dap-selangor","tag-isu","tag-pandamaran","tag-ronnie-liu-tian-khiew","tag-selangor","tag-sultan-sharafuddin-idris-shah","tag-titah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10069","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10069"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10069\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10071,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10069\/revisions\/10071"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/10070"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10069"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10069"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10069"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10069"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}