{"id":10081,"date":"2026-05-08T07:42:23","date_gmt":"2026-05-08T07:42:23","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10081"},"modified":"2026-05-08T07:42:23","modified_gmt":"2026-05-08T07:42:23","slug":"pemandu-mabuk-didakwa-di-mahkamah-ayer-keroh-ibu-muda-maut-dirempuh","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pemandu-mabuk-didakwa-di-mahkamah-ayer-keroh-ibu-muda-maut-dirempuh\/","title":{"rendered":"Pemandu mabuk didakwa di Mahkamah Ayer Keroh, ibu muda maut dirempuh"},"content":{"rendered":"<p>Seorang pelayan bar dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang ibu muda dalam kemalangan di Jalan Ujong Pasir, awal pagi Selasa lalu.<\/p>\n<p>Tertuduh, S Darshan, 23, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Uthman Abd Ghani.<\/p>\n<p>Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memandu kereta di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kemalangan yang meragut nyawa penunggang motosikal, Nur Aleya Natasha Roslan, 21, kira-kira jam 2.30 pagi pada 5 Mei lalu.<\/p>\n<p>Dia didakwa mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020), yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 15 tahun serta denda antara RM50,000 hingga RM100,000 jika sabit kesalahan.<\/p>\n<p>Tertuduh juga boleh hilang kelayakan memegang lesen memandu selama 10 tahun.<\/p>\n<p>Timbalan Pendakwa Raya, Syauqi Mardia Baharudin, mencadangkan jaminan RM10,000 selain syarat lesen memandu tertuduh diserahkan kepada mahkamah.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Muhamad Mawardi Zainudin, memohon jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya hanya berpendapatan RM2,200 sebulan dan menanggung bapanya yang berusia 58 tahun.<\/p>\n<p>Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Jun depan untuk sebutan semula kes.<\/p>\n<p>Dalam kejadian itu, Nur Aleya Natasha yang juga ibu kepada seorang anak kecil berusia dua tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah pada kepala dan kaki.<\/p>\n<p>Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Christopher Patit sebelum ini dilaporkan berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu tertuduh terbabas sebelum memasuki laluan bertentangan lalu merempuh motosikal mangsa.<\/p>\n<p>\u201cKereta itu dipercayai hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan motosikal mangsa,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seorang pelayan bar dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang ibu muda dalam kemalangan di Jalan Ujong Pasir, awal pagi Selasa lalu. Tertuduh, S Darshan, 23, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Uthman Abd Ghani. Mengikut pertuduhan, lelaki itu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8683,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[3861,42,314,3510,58],"authors":[],"class_list":["post-10081","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-ayer-keroh","tag-kemalangan","tag-kes","tag-mabuk","tag-mahkamah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10081","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10081"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10081\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10082,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10081\/revisions\/10082"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/8683"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10081"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10081"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10081"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10081"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}