{"id":10089,"date":"2026-05-08T10:04:27","date_gmt":"2026-05-08T10:04:27","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10089"},"modified":"2026-05-08T10:04:27","modified_gmt":"2026-05-08T10:04:27","slug":"polis-siasat-kandungan-media-sosial-sentuh-3r-berkait-krisis-negeri-sembilan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/polis-siasat-kandungan-media-sosial-sentuh-3r-berkait-krisis-negeri-sembilan\/","title":{"rendered":"Polis siasat kandungan media sosial sentuh 3R berkait krisis Negeri Sembilan"},"content":{"rendered":"<p>Polis Negeri Sembilan membuka beberapa kertas siasatan berhubung kandungan di media sosial berkaitan kemelut yang sedang melanda negeri itu selepas menerima laporan daripada pelbagai pihak.<\/p>\n<p>Ketua Polis Negeri Sembilan, Alzafny Ahmad berkata penyebaran kenyataan dan kandungan berhubung isu berkenaan dilihat berpotensi mencetuskan provokasi, keresahan serta kekeliruan dalam kalangan masyarakat jika tidak dikawal.<\/p>\n<p>Menurut beliau, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 500 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.<\/p>\n<p>\u201cSehingga hari ini, sebanyak 49 keterangan sudah dirakam dan siasatan masih diteruskan,\u201d katanya dalam kenyataan pada Jumaat.<\/p>\n<p>Beliau berkata, kertas siasatan dijangka dirujuk kepada pihak pendakwa raya dalam masa terdekat bagi mendapatkan arahan lanjut berhubung tindakan susulan yang boleh diambil.<\/p>\n<p>Menurut Alzafny, siasatan turut memberi tumpuan terhadap unsur hasutan termasuk tindakan mengeluarkan, menerbitkan atau menyebarkan kandungan yang boleh menggugat ketenteraman awam dan menimbulkan kebencian dalam kalangan masyarakat.<\/p>\n<p>Katanya, polis juga menyiasat dakwaan berkaitan kenyataan berunsur fitnah serta penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian komunikasi untuk menyebarkan kandungan palsu, jelik atau mengancam.<\/p>\n<p>Isu berkenaan mula hangat diperkatakan di media sosial sejak beberapa hari lalu apabila pelbagai dakwaan dan spekulasi berkaitan kemelut di negeri itu tersebar secara meluas, sekali gus mengundang pelbagai reaksi pengguna internet.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih bertanggungjawab ketika menggunakan media sosial dan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menyentuh isu berkaitan kaum, agama dan institusi diraja (3R).<\/p>\n<p>\u201cOrang ramai diminta tidak menyebarkan kandungan yang boleh mencetuskan provokasi atau menjejaskan keharmonian serta ketenteraman awam,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Polis Negeri Sembilan membuka beberapa kertas siasatan berhubung kandungan di media sosial berkaitan kemelut yang sedang melanda negeri itu selepas menerima laporan daripada pelbagai pihak. Ketua Polis Negeri Sembilan, Alzafny Ahmad berkata penyebaran kenyataan dan kandungan berhubung isu berkenaan dilihat berpotensi mencetuskan provokasi, keresahan serta kekeliruan dalam kalangan masyarakat jika tidak dikawal. Menurut beliau, siasatan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10090,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[815,3862,585,16,1154,94,11],"authors":[],"class_list":["post-10089","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-3r","tag-alzafny-ahmad","tag-krisis","tag-mcmc","tag-negeri-sembilan","tag-polis","tag-politik"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10089","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10089"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10089\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10091,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10089\/revisions\/10091"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/10090"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10089"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10089"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10089"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10089"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}