{"id":10104,"date":"2026-05-08T12:14:01","date_gmt":"2026-05-08T12:14:01","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10104"},"modified":"2026-05-08T12:14:01","modified_gmt":"2026-05-08T12:14:01","slug":"fahmi-menghadap-sultan-selangor-sembah-isu-akaun-palsu-kerabat-diraja","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/fahmi-menghadap-sultan-selangor-sembah-isu-akaun-palsu-kerabat-diraja\/","title":{"rendered":"Fahmi menghadap Sultan Selangor sembah isu akaun palsu kerabat diraja"},"content":{"rendered":"<p>Menteri Komunikas Fahmi Fadzil menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi mempersembahkan laporan terkini berhubung penularan akaun palsu media sosial yang menggunakan nama kerabat diraja di negara ini.<\/p>\n<p>Dalam pertemuan hari ini bersama Sultan Selangor hari ini, Fahmi memaklumkan kepada Baginda sebanyak 15,296 akaun palsu melibatkan 26 kerabat diraja dikenal pasti hasil pemantauan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta aduan orang ramai sepanjang Januari hingga April tahun ini.<\/p>\n<p>Menurut beliau, akaun palsu berkenaan termasuk yang menggunakan identiti Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Norashikin.<\/p>\n<p>\u201cSusulan pemantauan dan aduan yang diterima, tindakan permohonan penurunan telah dilaksanakan dan sehingga kini sebanyak 14,750 akaun berjaya diturunkan oleh penyedia platform media sosial,\u201d katanya dalam kenyataan di akaun Facebook.<\/p>\n<p>Beliau turut mempersembahkan perkembangan pelaksanaan sistem pengesahan identiti elektronik atau Electronic Know Your Customer (e-KYC) yang dilihat mampu memperkukuh keselamatan pengguna, khususnya melibatkan perlindungan kanak-kanak dan institusi keluarga dalam persekitaran digital.<\/p>\n<p>Isu penyalahgunaan media sosial serta kandungan menyentuh sensitiviti agama, kaum dan institusi diraja atau 3R turut menjadi antara perkara yang dibincangkan dalam sesi menghadap itu.<\/p>\n<p>Fahmi berkata Sultan Selangor turut menitahkan pandangan serta nasihat berhubung cabaran semasa di platform dalam talian yang semakin membimbangkan.<\/p>\n<p>\u201cPatik menjunjung kasih atas pandangan, titah dan nasihat Tuanku berkaitan pelbagai isu semasa termasuk penyalahgunaan platform dalam talian dan isu 3R,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kes penyamaran identiti tokoh kenamaan dan kerabat diraja di media sosial semakin meningkat, termasuk digunakan untuk tujuan penipuan, penyebaran maklumat palsu serta kandungan berunsur fitnah.<\/p>\n<p>Keadaan itu mendorong pihak berkuasa memperketat pemantauan dan kerjasama dengan platform media sosial bagi membendung penyalahgunaan berkenaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Menteri Komunikas Fahmi Fadzil menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi mempersembahkan laporan terkini berhubung penularan akaun palsu media sosial yang menggunakan nama kerabat diraja di negara ini. Dalam pertemuan hari ini bersama Sultan Selangor hari ini, Fahmi memaklumkan kepada Baginda sebanyak 15,296 akaun palsu melibatkan 26 kerabat diraja dikenal pasti hasil pemantauan Suruhanjaya Komunikasi dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10105,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1087,49,3266,184,205,36,96,1749],"authors":[],"class_list":["post-10104","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-akaun","tag-fahmi-fadzil","tag-kerabat","tag-komunikasi","tag-menteri","tag-palsu","tag-selangor","tag-sultan-sharafuddin-idris-shah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10104","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10104"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10104\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10106,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10104\/revisions\/10106"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/10105"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10104"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10104"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10104"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10104"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}