{"id":10122,"date":"2026-05-09T02:31:22","date_gmt":"2026-05-09T02:31:22","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10122"},"modified":"2026-05-09T02:31:22","modified_gmt":"2026-05-09T02:31:22","slug":"pmx-paling-susah-terima-soal-kenaikan-harga-barang-mat-sabu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pmx-paling-susah-terima-soal-kenaikan-harga-barang-mat-sabu\/","title":{"rendered":"PMX paling susah terima soal kenaikan harga barang: Mat Sabu"},"content":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim, tidak membenarkan mana-mana kementerian menarik subsidi secara mudah, khususnya membabitkan barangan makanan dan keperluan asas rakyat.<\/p>\n<p>Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu berkata, keputusan menarik subsidi telur ayam sebelum ini dibuat selepas beberapa siri perbincangan bersama Perdana Menteri kerana kerajaan bimbang ia akan menyebabkan kenaikan harga di pasaran.<\/p>\n<p>Menurut beliau, Anwar pada awalnya tidak bersetuju dengan cadangan itu kerana mahu memastikan rakyat tidak terbeban dengan peningkatan kos sara hidup.<\/p>\n<p>\u201cPerdana Menteri paling susah hendak terima soal kenaikan harga barang. Masa kita mahu tarik subsidi telur ayam dulu, saya dan pegawai kementerian terpaksa berjumpa beliau berkali-kali.<\/p>\n<p>\u201cBeliau tanya sama ada harga akan naik atau tidak. Sampai beliau berseloroh kata, \u2018Mat, kalau harga naik, hang jaga\u2019. Saya yakin kerana kita sudah berbincang dengan penternak,\u201d katanya ketika berucap semasa ceramah di Sungai Dua, malam tadi.<\/p>\n<p>Kerajaan sebelum ini menamatkan subsidi telur ayam secara berperingkat selepas industri penternakan negara menunjukkan pemulihan daripada krisis bekalan dan kenaikan kos operasi yang berlaku sejak pandemik Covid-19 serta gangguan rantaian bekalan global.<\/p>\n<p>Mohamad berkata, hasil kerjasama dengan penternak tempatan, harga telur kekal stabil malah berlaku lambakan bekalan di pasaran selepas subsidi ditarik balik.<\/p>\n<p>Beliau turut menegaskan kerajaan tidak boleh melihat semua penternak sebagai pihak yang bersalah hanya disebabkan tindakan segelintir kartel yang cuba memanipulasi pasaran.<\/p>\n<p>\u201cKebanyakan penternak masih boleh bekerjasama dengan kerajaan. Yang bermasalah hanya satu atau dua kartel sahaja,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sementara itu, beliau berkata situasi harga makanan di Malaysia masih terkawal walaupun dunia berdepan ketidaktentuan ekonomi dan konflik Asia Barat yang memberi tekanan kepada rantaian bekalan global.<\/p>\n<p>Menurutnya, berdasarkan lawatan ke beberapa negara termasuk Indonesia, China, Korea Selatan dan Vietnam, harga makanan di Malaysia masih berada pada tahap lebih baik berbanding negara lain.<\/p>\n<p>\u201cKalau pergi pasar di negara lain, memang boleh nampak harga barang makanan naik. Tetapi di Malaysia, Alhamdulillah keadaan masih agak baik dan terkawal,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim, tidak membenarkan mana-mana kementerian menarik subsidi secara mudah, khususnya membabitkan barangan makanan dan keperluan asas rakyat. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu berkata, keputusan menarik subsidi telur ayam sebelum ini dibuat selepas beberapa siri perbincangan bersama Perdana Menteri kerana kerajaan bimbang ia akan menyebabkan kenaikan harga di pasaran. Menurut beliau, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4942,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[275,170,675,2345,18,296,3865],"authors":[],"class_list":["post-10122","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amanah","tag-anwar-ibrahim","tag-harga-barang","tag-mohamad-sabu","tag-pmx","tag-subsidi","tag-telur"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10122","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10122"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10122\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10123,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10122\/revisions\/10123"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4942"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10122"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10122"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10122"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10122"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}