{"id":10139,"date":"2026-05-09T04:52:29","date_gmt":"2026-05-09T04:52:29","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10139"},"modified":"2026-05-09T04:52:29","modified_gmt":"2026-05-09T04:52:29","slug":"tuan-ibrahim-persoal-zahid-tuduh-pas-sebagai-pengkhianat-besar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/tuan-ibrahim-persoal-zahid-tuduh-pas-sebagai-pengkhianat-besar\/","title":{"rendered":"Tuan Ibrahim persoal Zahid tuduh PAS sebagai \u2018pengkhianat\u2019 besar"},"content":{"rendered":"<p>PAS mempertikaikan dakwaan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan parti itu mempunyai \u201cDNA pengkhianat\u201d, sebaliknya menegaskan UMNO sendiri yang lebih dahulu mengkhianati kerjasama politik ketika bersama Perikatan Nasional (PN).<\/p>\n<p>Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata masih tertanya-tanya bentuk pengkhianatan yang sering dikaitkan dengan PAS sedangkan beberapa episod politik lalu menunjukkan UMNO menarik sokongan terhadap kerajaan yang dibentuk bersama PN.<\/p>\n<p>\u201cSaya pun nak tahu apa pengkhianatan yang sering diulang itu. Sepanjang pembentukan kerajaan lalu, kita dapati UMNO yang khianat,\u201d katanya kepada media ketika diminta mengulas kenyataan Ahmad Zahid.<\/p>\n<p>Menurut beliau, tindakan UMNO menarik sokongan terhadap kerajaan di Johor, Melaka dan Perak menjadi antara bukti kerjasama politik yang dibina sebelum ini tidak dipertahankan.<\/p>\n<p>Beliau turut membangkitkan tindakan beberapa pemimpin UMNO menarik sokongan terhadap kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin sehingga berlaku pertukaran Perdana Menteri kepada Ismail Sabri Yaakob.<\/p>\n<p>\u201cSiapa yang khianat sehingga tarik sokongan kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri?\u201d soalnya.<\/p>\n<p>Ketegangan antara PAS dan UMNO kembali menjadi perhatian selepas hubungan kedua-dua parti yang pernah bekerjasama menerusi Muafakat Nasional dan kerajaan PN semakin renggang sejak Pilihan Raya Umum ke-15.<\/p>\n<p>UMNO kini bersama Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim, manakala PAS kekal bersama Perikatan Nasional (PN) sebagai blok pembangkang utama.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Tuan Ibrahim berkata Presiden PAS, Abdul Hadi Awang terus mengingatkan kepentingan penyatuan umat Islam dan Melayu demi masa depan negara.<\/p>\n<p>\u201cPresiden ingatkan keperluan umat ini bersatu kerana melihat kepentingan bangsa pada masa hadapan. Bagaimanapun terpulang kepada semua pihak. Kami sedia kalau nak berkawan dan lebih bersedia kalau hendak berlawan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Terdahulu, Ahmad Zahid dilaporkan menegaskan UMNO tidak akan kembali bekerjasama dengan PAS selagi parti itu tidak mengubah sikap yang didakwa sebagai pengkhianatan politik.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAS mempertikaikan dakwaan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan parti itu mempunyai \u201cDNA pengkhianat\u201d, sebaliknya menegaskan UMNO sendiri yang lebih dahulu mengkhianati kerjasama politik ketika bersama Perikatan Nasional (PN). Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata masih tertanya-tanya bentuk pengkhianatan yang sering dikaitkan dengan PAS sedangkan beberapa episod politik lalu menunjukkan UMNO menarik sokongan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1645,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[147,126,1869,541,2661,146],"authors":[],"class_list":["post-10139","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-pas","tag-pengkhianat","tag-perikatan-nasional","tag-tuan-ibrahim-tuan-man","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10139","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10139"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10139\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10140,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10139\/revisions\/10140"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1645"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10139"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10139"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10139"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10139"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}