{"id":10150,"date":"2026-05-09T10:42:50","date_gmt":"2026-05-09T10:42:50","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10150"},"modified":"2026-05-09T10:59:53","modified_gmt":"2026-05-09T10:59:53","slug":"bersatu-tegas-singkir-musuh-dalam-selimut-elak-sabotaj-mpt-bersatu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/bersatu-tegas-singkir-musuh-dalam-selimut-elak-sabotaj-mpt-bersatu\/","title":{"rendered":"Bersatu tegas singkir \u2018musuh dalam selimut\u2019, elak sabotaj: MPT Bersatu"},"content":{"rendered":"<p>Tindakan Parti Bersatu membersihkan parti daripada pemimpin yang didakwa mensabotaj perjuangan disifatkan sebagai langkah tepat bagi memastikan kekuatan parti terus terpelihara menjelang cabaran politik akan datang.<\/p>\n<p>Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Jasri Jamaludin berkata, parti tidak boleh berkompromi dengan mana-mana individu yang berpura-pura setia tetapi bertindak melemahkan organisasi dari dalam.<\/p>\n<p>Menurut beliau, tindakan disiplin yang diambil bukan dibuat secara terburu-buru, sebaliknya demi mempertahankan kestabilan parti daripada ancaman dalaman yang hanya menguntungkan pihak lawan.<\/p>\n<p>\u201cParti yang mahu terus kuat dan diyakini rakyat mesti berani bertindak terhadap pengkhianat dalam saf sendiri tanpa mengira kedudukan mereka,\u201d katanya dipetik laporan media.<\/p>\n<p>Beliau turut mendakwa pengakuan pimpinan UMNO terdapat individu tertentu dalam Bersatu mempunyai kaitan dengan jentera parti itu membuktikan wujud usaha melemahkan Bersatu dari dalam.<\/p>\n<p>\u201cYang rosak dan kotor perlu ditendang keluar sebelum racunnya merebak lebih jauh. Kita tidak perlu bimbang kerana ramai lagi ahli yang setia mampu menggantikan mereka,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Jasri menegaskan, dalam dunia politik ancaman terbesar bukan datang daripada musuh luar, sebaliknya individu yang berpura-pura menyokong parti tetapi bertindak merosakkan perjuangan secara senyap.<\/p>\n<p>Katanya, banyak negara mengambil tindakan keras terhadap unsur dalaman yang dianggap mengancam kestabilan politik dan pentadbiran.<\/p>\n<p>\u201cSebab itu ketegasan terhadap petualang dan anasir perosak adalah langkah wajib bagi memastikan parti terus utuh dan berdisiplin,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Pada Jumaat lalu, Bersatu mengumumkan tindakan disiplin terhadap enam pemimpin parti termasuk pemecatan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan penggantungan empat lagi pemimpin berkuat kuasa serta-merta.<\/p>\n<p>Dua ADUN yang dipecat ialah Dzowahir Ab Ghani dan Abdul Razak Khamis.<\/p>\n<p>Sementara itu, empat lagi Ahli Parlimen yang digantung keahlian selama dua penggal pemilihan parti ialah Syed Lukman Hakim Syed Mohd Zain, Ikmal Hisham Abdul Aziz, Khalib Abdullah dan Nordin Ahmad Ismail.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tindakan Parti Bersatu membersihkan parti daripada pemimpin yang didakwa mensabotaj perjuangan disifatkan sebagai langkah tepat bagi memastikan kekuatan parti terus terpelihara menjelang cabaran politik akan datang. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Jasri Jamaludin berkata, parti tidak boleh berkompromi dengan mana-mana individu yang berpura-pura setia tetapi bertindak melemahkan organisasi dari dalam. Menurut beliau, tindakan disiplin [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":7755,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[73,886,3241,200,3869,267,276],"authors":[],"class_list":["post-10150","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersatu","tag-disiplin","tag-jasri-jamaludin","tag-mpt","tag-musuh","tag-parti","tag-pecat"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10150","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10150"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10150\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10151,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10150\/revisions\/10151"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/7755"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10150"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10150"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10150"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10150"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}