{"id":10186,"date":"2026-05-10T03:48:53","date_gmt":"2026-05-10T03:48:53","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10186"},"modified":"2026-05-10T03:49:16","modified_gmt":"2026-05-10T03:49:16","slug":"melayu-risau-identiti-islam-semakin-terhakis-kajian-musyawarah-nasional","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/melayu-risau-identiti-islam-semakin-terhakis-kajian-musyawarah-nasional\/","title":{"rendered":"Orang Melayu risau identiti Islam semakin terhakis: Kajian Musyawarah Nasional"},"content":{"rendered":"<p>Satu kajian lapangan yang dibentangkan semasa Musyawarah Nasional &#8216;Keresahan Bangsa Melayu: Apa Penyelesaiannya&#8217; mendapati majoriti masyarakat Melayu melahirkan kebimbangan serius terhadap isu agama, identiti Melayu-Islam serta pengaruh liberalisme dan pluralisme yang dilihat semakin mencabar kedudukan Islam di negara ini.<\/p>\n<p>Pengerusi Teras Agama Musyawarah Nasional, Prof Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata, dapatan kajian melibatkan 642 responden itu menunjukkan keresahan masyarakat Melayu terhadap masa depan agama dan institusi Islam bukan lagi isu terpencil.<\/p>\n<p>\u201cIa menunjukkan keresahan masyarakat Melayu terhadap isu agama adalah nyata dan perlu diberi perhatian serius,\u201d katanya ketika membentangkan hasil kajian pada sidang pleno di Hotel Premiera, hari ini.<\/p>\n<p>Menurut beliau, sebanyak 95.8 peratus responden percaya identiti Melayu tidak dapat dipisahkan daripada asas Islam, manakala 81.3 peratus pula bimbang generasi muda semakin menjauh daripada ajaran agama.<\/p>\n<p>Kajian itu dijalankan selama dua minggu menggunakan beberapa kaedah kluster bagi menilai pandangan masyarakat Melayu terhadap isu agama, sosial dan kedudukan institusi Islam.<\/p>\n<p>Hasil kajian turut disemak oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Mufti Melaka dan wakil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).<\/p>\n<p>Selain itu, sebanyak 84.6 peratus responden menyatakan kebimbangan terhadap fahaman liberal, manakala 84.9 peratus melihat pluralisme boleh menjejaskan akidah umat Islam.<\/p>\n<p>Pengaruh media sosial dan budaya Barat turut menjadi perhatian apabila 81.8 peratus responden berpendapat ia tidak selari dengan nilai Islam.<\/p>\n<p>Dalam konteks politik pula, 86.2 peratus responden berpandangan kepimpinan negara tanpa asas Islam boleh menjejaskan kedudukan agama, sementara 82.3 peratus menganggap kestabilan politik Melayu penting bagi menjaga kepentingan Islam.<\/p>\n<p>Kajian itu juga menunjukkan isu pendidikan agama dan ekonomi Islam masih menjadi perhatian utama masyarakat.<\/p>\n<p>Seramai 73.1 peratus responden berasakan pendidikan agama masih belum mencukupi, manakala 91.4 peratus mahu agenda halal terus diperkasakan.<\/p>\n<p>Susulan dapatan tersebut, Musyawarah Nasional mencadangkan supaya institusi syariah diperkukuhkan termasuk memperluas kuasa Mahkamah Syariah menerusi pindaan undang-undang berkaitan seperti RUU 355, selain penubuhan Majlis Profesor Pengajian Islam Negara bagi memberi nasihat berkala kepada kerajaan mengenai hal ehwal Islam.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Satu kajian lapangan yang dibentangkan semasa Musyawarah Nasional &#8216;Keresahan Bangsa Melayu: Apa Penyelesaiannya&#8217; mendapati majoriti masyarakat Melayu melahirkan kebimbangan serius terhadap isu agama, identiti Melayu-Islam serta pengaruh liberalisme dan pluralisme yang dilihat semakin mencabar kedudukan Islam di negara ini. Pengerusi Teras Agama Musyawarah Nasional, Prof Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata, dapatan kajian melibatkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10187,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[147,610,10,3874,3875,146],"authors":[],"class_list":["post-10186","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-islam","tag-melayu","tag-musyawarah-nasional","tag-prof-dr-mohd-izhar-ariff-mohd-kashim","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10186","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10186"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10186\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10189,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10186\/revisions\/10189"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/10187"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10186"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10186"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10186"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10186"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}