{"id":10196,"date":"2026-05-10T06:15:03","date_gmt":"2026-05-10T06:15:03","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10196"},"modified":"2026-05-10T06:15:03","modified_gmt":"2026-05-10T06:15:03","slug":"bersatu-alu-alukan-pelawaan-umno-sedia-terima-bekas-ahli-disingkir-tun-faisal","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/bersatu-alu-alukan-pelawaan-umno-sedia-terima-bekas-ahli-disingkir-tun-faisal\/","title":{"rendered":"Bersatu alu-alukan pelawaan UMNO sedia terima bekas ahli disingkir: Tun Faisal"},"content":{"rendered":"<p>Bersatu menyambut baik pelawaan UMNO untuk menerima ahli BERSATU yang dipecat atau digantung daripada parti itu menyertai gagasan Rumah Bangsa.<\/p>\n<p>Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Azi berkata langkah itu lebih baik daripada membiarkan ahli yang dikenakan tindakan disiplin terus bergerak tanpa hala tuju atau menubuhkan parti baharu yang boleh memecahkan lagi sokongan orang Melayu dan Islam.<\/p>\n<p>\u201cJika Asyraf Wajdi mahu menerima ahli Bersatu yang dihukum, ia dialu-alukan. Percuma, tidak perlu bayar yuran perpindahan,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Tun Faisal secara sinis berharap kumpulan terbabit akan mematuhi disiplin dan perlembagaan parti selepas menyertai UMNO nanti.<\/p>\n<p>\u201cMungkin mereka akan berubah atau mungkin juga mereka memerlukan parti yang membenarkan mereka melanggar perlembagaan dan memaki hamun presiden serta pimpinan parti setiap hari,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Isu itu tercetus susulan tindakan Lembaga Disiplin Bersatu yang memecat dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan menggantung tujuh lagi wakil rakyat parti itu selama dua penggal pemilihan berkuat kuasa serta-merta.<\/p>\n<p>Selepas tindakan itu diumumkan, Setiausaha Agung UMNO Asyraf Wajdi Dusuki dilaporkan berkata parti berkenaan sedia menerima mana-mana ahli atau pemimpin Bersatu yang dikenakan tindakan disiplin untuk menyertai Rumah Bangsa tanpa syarat.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, Tun Faisal menegaskan tindakan disiplin dalam Bersatu dibuat secara bebas mengikut perlembagaan parti tanpa campur tangan presiden atau Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).<\/p>\n<p>Menurutnya, setiap ahli yang dikenakan tindakan diberi peluang membela diri, mengemukakan bukti dan membawa saksi sebelum keputusan dibuat.<\/p>\n<p>\u201cSelalunya mereka yang tidak membela diri sudah tahu bahawa Lembaga Disiplin mempunyai bukti dan kes yang kuat terhadap mereka,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut membandingkan proses disiplin Bersatu dengan tindakan beberapa parti lain sebelum ini yang didakwa dibuat terus melalui keputusan kepimpinan tertinggi parti.<\/p>\n<p>Sejak beberapa bulan lalu, Bersatu dilihat sedang melalui proses pengukuhan dalaman apabila beberapa pemimpin dan wakil rakyatnya dikenakan tindakan disiplin susulan dakwaan melanggar perlembagaan serta etika parti.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bersatu menyambut baik pelawaan UMNO untuk menerima ahli BERSATU yang dipecat atau digantung daripada parti itu menyertai gagasan Rumah Bangsa. Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Azi berkata langkah itu lebih baik daripada membiarkan ahli yang dikenakan tindakan disiplin terus bergerak tanpa hala tuju atau menubuhkan parti baharu yang boleh memecahkan lagi sokongan orang Melayu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3080,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[277,634,73,631,276,2995,2999,146],"authors":[],"class_list":["post-10196","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahli","tag-asyraf-wajdi","tag-bersatu","tag-gantung","tag-pecat","tag-rumah-bangsa","tag-tun-faisal-ismail-aziz","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10196","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10196"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10196\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10197,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10196\/revisions\/10197"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3080"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10196"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10196"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10196"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10196"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}