{"id":10198,"date":"2026-05-10T06:18:22","date_gmt":"2026-05-10T06:18:22","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10198"},"modified":"2026-05-10T06:18:22","modified_gmt":"2026-05-10T06:18:22","slug":"umno-tiada-bantahan-gubal-akta-pendanaan-politik-azalina","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/umno-tiada-bantahan-gubal-akta-pendanaan-politik-azalina\/","title":{"rendered":"UMNO tiada bantahan gubal Akta Pendanaan Politik: Azalina"},"content":{"rendered":"<p>Cadangan menggubal Akta Pendanaan Politik masih di peringkat perbincangan dan belum dibawa secara rasmi kepada semua parti politik untuk mendapatkan pendirian muktamad, kata Azalina Othman Said.<\/p>\n<p>Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi itu berkata proses mendapatkan maklum balas daripada parti-parti politik masih berjalan, namun setakat ini UMNO tidak menunjukkan sebarang bantahan terhadap cadangan penggubalan akta berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cSaya selalu buat kerja undang-undang untuk parti. Setakat ini tidak ada bantahan daripada UMNO,\u201d katanya pada sidang media selepas merasmikan program Townhall Kerangka Akauntabiliti Madani 2026 di Akademi Perundangan Negara (APN) hari ini.<\/p>\n<p>Azalina bagaimanapun menjelaskan pendirian rasmi setiap parti belum diperoleh kerana rundingan formal masih belum dilakukan.<\/p>\n<p>\u201cKita belum bawa secara formal kerana setiap parti perlu buat rujukan dalaman sebelum memberikan pendirian rasmi mereka,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut mengakui terdapat beberapa parti politik yang masih belum bersetuju dengan cadangan tersebut, namun enggan mendedahkan identiti parti terbabit.<\/p>\n<p>Cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Pendanaan Politik sebelum ini dibincangkan sebagai langkah memperkukuh ketelusan dan integriti sistem politik negara, terutama melibatkan sumber kewangan parti politik dan sumbangan penderma.<\/p>\n<p>UMNO antara parti yang sebelum ini secara terbuka menyatakan sokongan supaya akta berkenaan disegerakan.<\/p>\n<p>Parti itu berpandangan undang-undang khusus berkaitan pendanaan politik mampu mewujudkan sistem politik yang lebih matang, adil dan telus.<\/p>\n<p>Melalui akta itu, setiap sumbangan kewangan kepada parti politik dicadangkan direkodkan secara jelas, termasuk pendedahan identiti penderma bagi mengelakkan salah guna dana dan unsur rasuah.<\/p>\n<p>Isu pendanaan politik kembali menjadi perhatian selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini mencadangkan beberapa undang-undang baharu diperkenalkan bagi mengekang rasuah berskala besar dan konflik kepentingan.<\/p>\n<p>Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki dilaporkan berkata antara akta yang dicadangkan termasuk undang-undang berkaitan salah laku dalam jawatan awam, kebajikan dan pendanaan politik bagi memastikan kutipan dana oleh parti politik atau pertubuhan dapat dipantau dengan lebih berkesan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Cadangan menggubal Akta Pendanaan Politik masih di peringkat perbincangan dan belum dibawa secara rasmi kepada semua parti politik untuk mendapatkan pendirian muktamad, kata Azalina Othman Said. Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi itu berkata proses mendapatkan maklum balas daripada parti-parti politik masih berjalan, namun setakat ini UMNO tidak menunjukkan sebarang bantahan terhadap cadangan penggubalan akta berkenaan. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4091,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[3876,1456,3877,285,310,1987,146],"authors":[],"class_list":["post-10198","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-akta-pendanaan-politik","tag-azalina-othman-said","tag-gubal","tag-madani","tag-ruu","tag-sumbangan","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10198","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10198"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10198\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10199,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10198\/revisions\/10199"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4091"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10198"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10198"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10198"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10198"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}