{"id":10206,"date":"2026-05-10T09:28:24","date_gmt":"2026-05-10T09:28:24","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10206"},"modified":"2026-05-10T09:28:24","modified_gmt":"2026-05-10T09:28:24","slug":"peruntukan-mitra-naik-rm150-juta-anwar-mahu-bantuan-lebih-berkesan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/peruntukan-mitra-naik-rm150-juta-anwar-mahu-bantuan-lebih-berkesan\/","title":{"rendered":"Peruntukan MITRA naik RM150 juta, Anwar mahu bantuan lebih berkesan"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan mengumumkan peningkatan peruntukan bagi Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA) kepada RM150 juta bermula tahun ini berbanding RM100 juta sebelum ini, dalam usaha memperkukuh program pembangunan masyarakat India di negara ini.<\/p>\n<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat selepas melihat prestasi semasa MITRA yang disifatkan semakin baik serta keperluan memastikan bantuan benar-benar sampai kepada golongan memerlukan.<\/p>\n<p>\u201cKita harus perbaiki program supaya ia benar-benar sampai kepada kelompok yang memerlukan. Jika tanya saya, apakah RM100 juta cukup? Tidak. Sebab itu saya setuju mulai tahun ini, peruntukan ditambah menjadi RM150 juta,\u201d katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama Mahasiswa India di Universiti Malaya hari ini.<\/p>\n<p>Turut hadir Menteri Sumber Manusia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas MITRA, R Ramanan.<\/p>\n<p>Dalam ucapannya, Anwar turut menepis dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa kerajaan tidak memberi perhatian serius kepada masyarakat India.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan pelbagai bantuan lain turut dinikmati komuniti itu menerusi program kerajaan seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), TEKUN dan SME Bank.<\/p>\n<p>\u201cAda ahli politik yang kata bantuan kepada masyarakat India hanya RM100 juta setahun. Itu tidak benar. Kalau mahu cadang tambah peruntukan, saya boleh terima, tetapi jangan kata kerajaan tidak membantu langsung,\u201d katanya.<\/p>\n<p>MITRA sebelum ini dikenali sebagai Unit Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India dan diwujudkan bagi menyelaras program pembangunan sosioekonomi komuniti India, termasuk dalam bidang pendidikan, keusahawanan, latihan kemahiran dan kebajikan.<\/p>\n<p>Sementara itu, Ramanan berkata kenaikan terbaru itu merupakan yang pertama sejak lebih dua dekad penubuhan MITRA.<\/p>\n<p>\u201cLebih 20 tahun peruntukan kekal RM100 juta. Jadi ini satu langkah besar yang menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan masyarakat India,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata masyarakat India juga menerima manfaat menerusi pelbagai skim bantuan lain di bawah kementerian dan agensi kerajaan, selain peruntukan khusus MITRA.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan mengumumkan peningkatan peruntukan bagi Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA) kepada RM150 juta bermula tahun ini berbanding RM100 juta sebelum ini, dalam usaha memperkukuh program pembangunan masyarakat India di negara ini. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat selepas melihat prestasi semasa MITRA yang disifatkan semakin baik serta keperluan memastikan bantuan benar-benar sampai kepada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9125,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,944,812,858,285,1102,18],"authors":[],"class_list":["post-10206","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-bantuan","tag-india","tag-kaum","tag-madani","tag-mitra","tag-pmx"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10206","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10206"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10206\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10207,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10206\/revisions\/10207"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/9125"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10206"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10206"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10206"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10206"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}