{"id":10212,"date":"2026-05-10T09:36:23","date_gmt":"2026-05-10T09:36:23","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10212"},"modified":"2026-05-10T09:36:23","modified_gmt":"2026-05-10T09:36:23","slug":"keputusan-kerajaan-perlu-jaga-sensitiviti-semua-kaum-pmx","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/keputusan-kerajaan-perlu-jaga-sensitiviti-semua-kaum-pmx\/","title":{"rendered":"Keputusan kerajaan perlu jaga sensitiviti semua kaum: PMX"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim menegaskan setiap keputusan yang dibuat kerajaan perlu mengambil kira sensitiviti semua kaum, khususnya berkaitan agama, budaya dan fahaman masyarakat pelbagai kaum di negara ini.<\/p>\n<p>Menurut Perdana, tindakan yang berasaskan sentimen perkauman semata-mata boleh menggugat keharmonian dan asas negara yang dibina sejak sekian lama.<\/p>\n<p>\u201cJika keputusan dibuat hanya berdasarkan sentimen kaum, ia akan merosakkan asas masyarakat negara ini.<\/p>\n<p>\u201cOrang Melayu sebagai majoriti perlu faham setiap rakyat mempunyai hak masing-masing, manakala kaum lain juga perlu menghormati batas serta sensitiviti masyarakat,\u201d katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama mahasiswa India di Universiti Malaya, hari ini.<\/p>\n<p>Anwar turut mengakui sering menjadi sasaran kritikan kerana didakwa tidak cukup tegas dalam beberapa isu sensitif melibatkan kaum dan agama, termasuk kontroversi berkaitan kuil serta penternakan babi sebelum ini.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau menegaskan pendekatan kerajaan adalah berlandaskan peraturan dan undang-undang, selain mengekalkan sikap saling menghormati dalam masyarakat majmuk.<\/p>\n<p>\u201cTegas macam mana sekali pun, kita mesti santuni budaya, agama dan fahaman orang lain. Pada masa sama, semua pihak perlu patuh kepada peraturan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata, kenyataannya juga kadangkala disalah tafsir sehingga menimbulkan persepsi negatif, walaupun niat asal adalah untuk memastikan keharmonian kaum terus terpelihara.<\/p>\n<p>Isu berkaitan sensitiviti agama dan kaum kembali menjadi perhatian sejak kebelakangan ini susulan beberapa kontroversi melibatkan rumah ibadat dan hak komuniti tertentu.<\/p>\n<p>Kerajaan sebelum ini turut menegaskan pendirian untuk mempertahankan perpaduan nasional serta mengelakkan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan ketegangan kaum.<\/p>\n<p>Dalam ucapannya, Anwar berkata cabaran terbesar kerajaan ketika ini adalah mencari keseimbangan antara mempertahankan hak setiap rakyat dan memastikan keamanan negara terus terjamin.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim menegaskan setiap keputusan yang dibuat kerajaan perlu mengambil kira sensitiviti semua kaum, khususnya berkaitan agama, budaya dan fahaman masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Menurut Perdana, tindakan yang berasaskan sentimen perkauman semata-mata boleh menggugat keharmonian dan asas negara yang dibina sejak sekian lama. \u201cJika keputusan dibuat hanya berdasarkan sentimen kaum, ia akan merosakkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4346,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,812,1316,285,1618,18,3881],"authors":[],"class_list":["post-10212","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-india","tag-keharmonian","tag-madani","tag-perpaduan","tag-pmx","tag-semua-kaum"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10212","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10212"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10212\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10213,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10212\/revisions\/10213"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4346"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10212"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10212"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10212"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10212"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}