{"id":10224,"date":"2026-05-11T04:01:05","date_gmt":"2026-05-11T04:01:05","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10224"},"modified":"2026-05-11T04:01:05","modified_gmt":"2026-05-11T04:01:05","slug":"azam-baki-tak-mahu-masuk-politik-selepas-bersara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/azam-baki-tak-mahu-masuk-politik-selepas-bersara\/","title":{"rendered":"Azam Baki tak mahu masuk politik selepas bersara"},"content":{"rendered":"<p>Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki memberi bayangan untuk terus menyumbang kepada rakyat dan negara walaupun menamatkan tugas rasminya mulai esok.<\/p>\n<p>Dalam penampilan menerusi podcast Kolar Hitam Bukan Sekadar Operasi yang disiarkan di YouTube hari ini, Azam berkata masih mahu berkongsi pengalaman dan pandangan, khususnya berkaitan usaha memerangi rasuah, namun menegaskan tidak akan terlibat dalam politik.<\/p>\n<p>\u201cSaya orang lelaki yang tetap akan bekerja sehingga satu hari dia dikerandakan dalam masjid. Saya akan bekerja menyumbang apa yang saya boleh kepada negara dan rakyat kerana perkara ini satu kepuasan kepada diri,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Azam yang menerajui SPRM sejak 2020 turut menjelaskan beliau akan terus memerhati perkembangan agensi antirasuah itu selepas persaraannya.<\/p>\n<p>Menurutnya, beliau sedia memberi pandangan membina sekiranya diperlukan demi kebaikan institusi berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cSaya tidak akan marah pun jika ada tindakan SPRM yang saya tidak setuju. Tetapi bila sampai masa mungkin saya akan bersuara dengan memberi pandangan yang baik dan membina,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menegaskan sentiasa terbuka untuk berkongsi pengalaman bersama pegawai SPRM, terutama golongan muda yang memerlukan nasihat berkaitan tugas dan integriti.<\/p>\n<p>Mengulas kemungkinan menyertai politik atau dunia perniagaan selepas bersara, Azam menolak kedua-dua perkara itu kerana menganggap ia bukan bidang yang sesuai dengannya.<\/p>\n<p>\u201cPolitik itu jauh sekali sebab politik bukan bidang saya. Perniagaan pun tidak, saya tidak pandai berniaga,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sebaliknya, beliau berkata perkara paling penting ialah bagaimana seseorang mengurus kehidupan dengan baik dan menjadi individu yang berguna kepada masyarakat.<\/p>\n<p>\u201cJika kamu menjadi manusia yang tidak berfungsi langsung, ia umpama mayat hidup,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sepanjang tempoh menerajui SPRM, Azam sering menjadi perhatian susulan beberapa siasatan berprofil tinggi melibatkan tokoh politik, penjawat awam dan syarikat berkaitan kerajaan.<\/p>\n<p>Beliau juga pernah beberapa kali menerima lanjutan kontrak perkhidmatan daripada kerajaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki memberi bayangan untuk terus menyumbang kepada rakyat dan negara walaupun menamatkan tugas rasminya mulai esok. Dalam penampilan menerusi podcast Kolar Hitam Bukan Sekadar Operasi yang disiarkan di YouTube hari ini, Azam berkata masih mahu berkongsi pengalaman dan pandangan, khususnya berkaitan usaha memerangi rasuah, namun menegaskan tidak [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":295,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[115,3885,314,24,21],"authors":[],"class_list":["post-10224","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-azam-baki","tag-bersara","tag-kes","tag-rasuah","tag-sprm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10224","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10224"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10224\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10225,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10224\/revisions\/10225"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/295"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10224"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10224"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10224"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10224"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}