{"id":10227,"date":"2026-05-11T06:05:50","date_gmt":"2026-05-11T06:05:50","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10227"},"modified":"2026-05-11T06:05:50","modified_gmt":"2026-05-11T06:05:50","slug":"amk-bidas-pihak-guna-platform-mahasiswa-untuk-agenda-peribadi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/amk-bidas-pihak-guna-platform-mahasiswa-untuk-agenda-peribadi\/","title":{"rendered":"AMK bidas pihak guna platform mahasiswa untuk agenda peribadi"},"content":{"rendered":"<p>Angkatan Muda Keadilan (AMK) menegaskan mana-mana kenyataan yang dikeluarkan atas nama Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) perlu melalui saluran organisasi yang sah dan tidak boleh dipergunakan bagi memenuhi kepentingan politik individu tertentu.<\/p>\n<p>Ketua Penerangan AMK, Danish Hairudin berkata pihaknya mengambil perhatian terhadap satu kenyataan media yang dikeluarkan atas nama MKM baru-baru ini yang didakwa cuba menimbulkan kekeliruan terhadap kepimpinan parti dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p>Menurut beliau, hasil maklum balas awal mendapati kenyataan tersebut tidak pernah dibincangkan atau diputuskan secara kolektif oleh pimpinan serta rangkaian MKM di seluruh negara.<\/p>\n<p>\u201cKen\u00adyataan itu bukan sahaja tidak melalui proses organisasi yang teratur, malah telah dinafikan secara tegas oleh Setiausaha Agung MKM dan pengerusi-pengerusi MKM kampus universiti seluruh negara,\u201d katanya dalam kenyataan pada Isnin.<\/p>\n<p>Beliau berkata, tindakan segelintir individu menggunakan platform mahasiswa untuk membawa agenda tertentu jelas tidak mewakili suara majoriti mahasiswa yang bersama gerakan itu.<\/p>\n<p>Harish turut menjelaskan MKM bukan sayap rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan sejak awal penubuhannya diberikan ruang autonomi untuk bergerak secara bebas serta kritikal, termasuk terhadap pihak yang dekat dengan parti.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, katanya, kebebasan tersebut tidak boleh disalah guna sehingga menjadi medan sabotaj dalaman atau alat mencipta persepsi politik murahan.<\/p>\n<p>\u201cKebebasan itu bukan lesen untuk memperalatkan nama organisasi demi percaturan politik individu tertentu,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kontroversi berhubung kenyataan terbabit tercetus selepas beberapa pimpinan dan ahli MKM tampil menolak kandungan kenyataan tersebut serta menegaskan ia bukan pendirian rasmi organisasi mahasiswa itu.<\/p>\n<p>AMK berpandangan majoriti mahasiswa dan anak muda masih memahami disiplin organisasi serta tanggungjawab moral dalam membawa suara rakyat secara matang dan berprinsip.<\/p>\n<p>Harish berkata, fokus utama ketika ini seharusnya tertumpu kepada usaha memperkukuh peranan anak muda dalam membina masa depan negara, bukannya menjadikan gerakan mahasiswa sebagai alat permainan politik sempit.<\/p>\n<p>MKM ditubuhkan sebagai platform mahasiswa yang dekat dengan perjuangan reformasi dan sering membawa isu melibatkan pendidikan, kebajikan pelajar serta suara anak muda dalam arus politik semasa negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Angkatan Muda Keadilan (AMK) menegaskan mana-mana kenyataan yang dikeluarkan atas nama Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) perlu melalui saluran organisasi yang sah dan tidak boleh dipergunakan bagi memenuhi kepentingan politik individu tertentu. Ketua Penerangan AMK, Danish Hairudin berkata pihaknya mengambil perhatian terhadap satu kenyataan media yang dikeluarkan atas nama MKM baru-baru ini yang didakwa cuba menimbulkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8262,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[164,170,3886,285,654,3887,18],"authors":[],"class_list":["post-10227","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amk","tag-anwar-ibrahim","tag-harish-hairudin","tag-madani","tag-mahasiswa","tag-mahasiswa-keadilan-malaysia","tag-pmx"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10227","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10227"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10227\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10228,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10227\/revisions\/10228"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/8262"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10227"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10227"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10227"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10227"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}