{"id":10232,"date":"2026-05-11T06:16:30","date_gmt":"2026-05-11T06:16:30","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10232"},"modified":"2026-05-11T06:16:30","modified_gmt":"2026-05-11T06:16:30","slug":"rasuah-masih-parah-negara-rugi-rm277-bilion-azam-baki","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/rasuah-masih-parah-negara-rugi-rm277-bilion-azam-baki\/","title":{"rendered":"Rasuah masih parah, negara rugi RM277 bilion: Azam Baki"},"content":{"rendered":"<p>Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki mengakui masalah rasuah di negara ini masih berada pada tahap serius dan bersifat sistemik meskipun banyak kes melibatkan individu berprofil tinggi telah dibawa ke mahkamah sejak beberapa tahun lalu.<\/p>\n<p>Menurut beliau, ketirisan akibat rasuah dan kelemahan tadbir urus menyebabkan negara kerugian kira-kira RM277 bilion dalam tempoh enam tahun lalu, sekali gus menunjukkan isu itu belum berjaya dibendung sepenuhnya.<\/p>\n<p>\u201cSaya tak nak ulang-ulang sebab semua orang tahu ia sudah sistemik. Jadi perkara yang sistemik ini perlu dibanteras dan diuruskan dengan serius.<\/p>\n<p>\u201cKalau kita biarkan begitu sahaja, terutama melibatkan sistem perolehan dan kehilangan wang negara, enam tahun lepas RM277 bilion hilang,\u201d katanya dalam Program Podcast Kolar Hitam, Bukan Sekadar Operasi.<\/p>\n<p>Isu rasuah dan ketirisan kewangan kerajaan terus menjadi perhatian rakyat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terutama selepas beberapa kes besar membabitkan penjawat awam, ahli politik dan syarikat berkaitan kerajaan didedahkan SPRM.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Azam menegaskan usaha membanteras rasuah bukan tanggungjawab SPRM semata-mata, sebaliknya memerlukan kerjasama semua pihak termasuk agensi kerajaan dan masyarakat.<\/p>\n<p>Beliau berkata SPRM mengamalkan konsep \u201cno wrong door policy\u201d dalam menjalankan siasatan terhadap sebarang jenayah yang mempunyai kaitan dengan rasuah tanpa mengira agensi atau sektor terlibat.<\/p>\n<p>\u201cJenayah yang berlaku ini semuanya ada kaitan dengan rasuah. Saya tak boleh elak benda ini,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Azam turut menjelaskan SPRM kini memainkan peranan lebih besar dalam menangani isu alam sekitar termasuk penyeludupan sisa elektronik dan plastik haram ke negara ini, walaupun perkara itu pada asasnya berada di bawah bidang kuasa agensi lain.<\/p>\n<p>Katanya, tindakan bersepadu menerusi penubuhan \u2018Multi Agency Task Force\u2019 (MATF) serta operasi khas seperti Op Hazard 3.0 berjaya meningkatkan penguatkuasaan khususnya di Pelabuhan Klang.<\/p>\n<p>\u201cSaya boleh katakan isu e-waste ini bukan tanggungjawab SPRM, tetapi kalau itu yang diperlukan daripada kami, saya tidak perlu tolak atau elak. Tindakan SPRM nampak berkesan,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki mengakui masalah rasuah di negara ini masih berada pada tahap serius dan bersifat sistemik meskipun banyak kes melibatkan individu berprofil tinggi telah dibawa ke mahkamah sejak beberapa tahun lalu. Menurut beliau, ketirisan akibat rasuah dan kelemahan tadbir urus menyebabkan negara kerugian kira-kira RM277 bilion dalam tempoh [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3809,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[115,3891,1330,24,21],"authors":[],"class_list":["post-10232","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-azam-baki","tag-kerugian","tag-rampasan","tag-rasuah","tag-sprm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10232","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10232"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10232\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10233,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10232\/revisions\/10233"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3809"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10232"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10232"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10232"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10232"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}