{"id":10234,"date":"2026-05-11T06:19:39","date_gmt":"2026-05-11T06:19:39","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10234"},"modified":"2026-05-11T06:19:39","modified_gmt":"2026-05-11T06:19:39","slug":"mandat-kukuh-pru-16-mampu-percepat-reformasi-ekonomi-ocbc","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mandat-kukuh-pru-16-mampu-percepat-reformasi-ekonomi-ocbc\/","title":{"rendered":"Mandat kukuh PRU-16 mampu percepat reformasi ekonomi: OCBC"},"content":{"rendered":"<p>Reformasi ekonomi negara dijangka terus dipacu lebih agresif sekiranya Perdana Menteri Anwar Ibrahim, berjaya mengekalkan atau memperoleh mandat lebih besar pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).<\/p>\n<p>Penganalisis Ekonomi Kanan ASEAN OCBC, Lavanya Venkateswaran, berkata pentadbiran semasa dilihat semakin menunjukkan kredibiliti dalam melaksanakan pembaharuan ekonomi secara berperingkat dan tersusun sejak mengambil alih kerajaan pada 2022.<\/p>\n<p>Menurut beliau, keputusan PRU-16 bakal menjadi penentu penting kepada kesinambungan agenda reformasi negara.<\/p>\n<p>\u201cPilihan raya akan datang dilihat sebagai risiko dua hala kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia dan lebih penting lagi terhadap prospek reformasi negara,\u201d katanya dalam nota penyelidikan terbaru OCBC.<\/p>\n<p>Beliau berkata, reformasi ekonomi berisiko menjadi perlahan atau tergendala sekiranya kerajaan sedia ada tewas, namun momentum itu boleh dipercepatkan jika pentadbiran sekarang mendapat mandat lebih kukuh daripada rakyat.<\/p>\n<p>OCBC turut menjangkakan PRU1-6 mungkin diadakan lebih awal daripada Februari 2028, malah tidak menolak kemungkinan ia berlangsung seawal tahun depan bagi diselaraskan dengan pilihan raya negeri Melaka dan Johor.<\/p>\n<p>Sejak memegang tampuk pemerintahan, kerajaan MADANI memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh pelaburan langsung asing (FDI), memperluas penyertaan syarikat tempatan dalam rantaian bekalan global serta melaksanakan beberapa langkah rasionalisasi subsidi dan reformasi fiskal.<\/p>\n<p>Pada masa sama, Lavanya berkata ekonomi Malaysia masih menunjukkan daya tahan walaupun pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama 2026 dianggarkan sederhana kepada 5.3 peratus berbanding 6.3 peratus pada suku sebelumnya.<\/p>\n<p>Katanya, sektor elektrik dan elektronik (E&amp;E) terus menjadi pemacu eksport negara selain sokongan harga minyak sawit dan gas asli cecair (LNG) yang lebih tinggi.<\/p>\n<p>\u201cPermintaan domestik juga kekal kukuh walaupun ketidaktentuan global semakin meningkat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau mengingatkan risiko fiskal negara semakin mencabar berikutan kenaikan harga minyak dunia ketika subsidi RON95 masih dikekalkan untuk sebahagian besar rakyat.<\/p>\n<p>Menurutnya, kerajaan mungkin mempertimbangkan langkah tambahan rasionalisasi subsidi sekiranya gangguan di Selat Hormuz berterusan dan memberi tekanan kepada pasaran tenaga global.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan lain, OCBC menjangkakan Bank Negara Malaysia akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus sepanjang tahun ini kerana kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi dilihat lebih besar berbanding tekanan inflasi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Reformasi ekonomi negara dijangka terus dipacu lebih agresif sekiranya Perdana Menteri Anwar Ibrahim, berjaya mengekalkan atau memperoleh mandat lebih besar pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16). Penganalisis Ekonomi Kanan ASEAN OCBC, Lavanya Venkateswaran, berkata pentadbiran semasa dilihat semakin menunjukkan kredibiliti dalam melaksanakan pembaharuan ekonomi secara berperingkat dan tersusun sejak mengambil alih kerajaan pada 2022. Menurut [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6868,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[13,68,659,897,3892,18,101],"authors":[],"class_list":["post-10234","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar","tag-ekonomi","tag-kajian","tag-kdnk","tag-ocbc","tag-pmx","tag-pru-16"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10234","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10234"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10234\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10235,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10234\/revisions\/10235"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6868"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10234"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10234"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10234"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10234"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}