{"id":10239,"date":"2026-05-11T12:37:45","date_gmt":"2026-05-11T12:37:45","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10239"},"modified":"2026-05-11T12:37:45","modified_gmt":"2026-05-11T12:37:45","slug":"hamzah-digesa-lepas-jawatan-ketua-pembangkang-jika-ada-rasa-malu-tun-faisal","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/hamzah-digesa-lepas-jawatan-ketua-pembangkang-jika-ada-rasa-malu-tun-faisal\/","title":{"rendered":"Hamzah digesa lepas jawatan Ketua Pembangkang jika ada rasa malu: Tun Faisal"},"content":{"rendered":"<p>Parti Bersatu mendesak Hamzah Zainuddin supaya segera melepaskan jawatan Ketua Pembangkang selepas beliau didakwa sudah tidak lagi menjadi ahli parti itu sejak tiga bulan lalu.<\/p>\n<p>Ketua Penerangan parti, Tun Faisal Ismail Aziz berkata kedudukan Hamzah sebagai Ahli Parlimen Bebas menjadikan beliau tidak lagi layak memegang jawatan strategik yang sebelum ini diperoleh atas kapasiti sebagai wakil Bersatu dan blok pembangkang Perikatan Nasional (PN).<\/p>\n<p>Menurutnya, jawatan Ketua Pembangkang bukan milik peribadi dan seharusnya diberikan kepada Ahli Parlimen yang masih mempunyai mandat jelas daripada gabungan pembangkang terbesar di Parlimen.<\/p>\n<p>\u201cApabila dia bukan lagi ahli parti, adalah tidak wajar dia terus bertenggek pada jawatan itu jika masih mempunyai maruah dan rasa malu,\u201d katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.<\/p>\n<p>Tun Faisal turut mendakwa tindakan Hamzah kekal memegang jawatan berkenaan menimbulkan persoalan moral dan integriti, selain bercanggah dengan semangat Akta Anti Lompat Parti 2022.<\/p>\n<p>Beliau berkata, seseorang Ahli Parlimen yang tidak lagi bersama parti asal sewaktu pilihan raya sewajarnya dianggap sebagai wakil Bebas dan ditempatkan di blok berkenaan di Dewan Rakyat.<\/p>\n<p>Isu itu kembali menjadi perhatian selepas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul memaklumkan pihaknya masih belum menerima surat rasmi peletakan jawatan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang.<\/p>\n<p>Sebelum ini, pada 12 April lalu, Pengerusi PN, Ahmad Samsuri Mokhtar mengesahkan Hamzah telah melepaskan jawatan tersebut.<\/p>\n<p>Susulan itu, Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan diarahkan menghantar surat pemakluman kepada Speaker Dewan Rakyat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Parti Bersatu mendesak Hamzah Zainuddin supaya segera melepaskan jawatan Ketua Pembangkang selepas beliau didakwa sudah tidak lagi menjadi ahli parti itu sejak tiga bulan lalu. Ketua Penerangan parti, Tun Faisal Ismail Aziz berkata kedudukan Hamzah sebagai Ahli Parlimen Bebas menjadikan beliau tidak lagi layak memegang jawatan strategik yang sebelum ini diperoleh atas kapasiti sebagai wakil [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3080,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[73,3623,69,1847,2893,276,2999],"authors":[],"class_list":["post-10239","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersatu","tag-hamzah-zainudin","tag-jawatan","tag-ketua-pembangkang","tag-letak","tag-pecat","tag-tun-faisal-ismail-aziz"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10239","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10239"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10239\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10240,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10239\/revisions\/10240"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3080"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10239"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10239"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10239"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10239"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}