{"id":10241,"date":"2026-05-11T12:44:42","date_gmt":"2026-05-11T12:44:42","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10241"},"modified":"2026-05-11T12:44:42","modified_gmt":"2026-05-11T12:44:42","slug":"tiada-perbincangan-prn-johor-dalam-pertemuan-dengan-agong-tunku-ismail-zahid","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/tiada-perbincangan-prn-johor-dalam-pertemuan-dengan-agong-tunku-ismail-zahid\/","title":{"rendered":"Tiada perbincangan PRN Johor dalam pertemuan dengan Agong, Tunku Ismail: Zahid"},"content":{"rendered":"<p>Ahmad Zahid Hamidi menegaskan pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail di Istana Besar Johor pada Isnin tidak menyentuh soal kemungkinan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan dalam masa terdekat.<\/p>\n<p>Menurut Presiden UMNO itu, pertemuan itu lebih tertumpu kepada sambutan ulang tahun parti ke-80 yang berlangsung di Johor Bahru, negeri yang menjadi lokasi penubuhan parti berkenaan pada 1946.<\/p>\n<p>\u201cPertemuan dengan Agong memang ada, tetapi langsung tidak menyentuh mengenai PRN Johor. Banyak isu nasional yang lebih besar dibincangkan dan ia hanyalah mesyuarat biasa,\u201d katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Ibu Pejabat UMNO Johor.<\/p>\n<p>Beliau turut berseloroh apabila ditanya mengenai PRN Johor dengan berkata, \u201cPRN Johor tidak akan diadakan esok.\u201d<\/p>\n<p>Ahmad Zahid berkata, sebarang perkara berkaitan pentadbiran negeri akan dibincangkan bersama Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi selepas mendapat perkenan Sultan Ibrahim dan Tunku Mahkota Ismail.<\/p>\n<p>Pada masa sama, beliau menyifatkan kehadiran Tunku Ismail pada sambutan ulang tahun UMNO sebagai sesuatu yang cukup bermakna memandangkan Johor mempunyai hubungan sejarah yang rapat dengan parti itu.<\/p>\n<p>\u201cUMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor dan sesi fotografi bersama pada hari ini mengimbau kembali sejarah tersebut. Ia bukan sekadar nostalgia, tetapi sangat dihargai oleh kepimpinan parti,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menghargai usaha kerajaan negeri Johor dalam menganjurkan majlis doa selamat sempena ulang tahun UMNO serta menyambut baik beberapa pengumuman yang dibuat Onn Hafiz semasa membentangkan Belanjawan Johor 2026.<\/p>\n<p>Katanya, pelbagai inisiatif diumumkan kerajaan negeri memberi manfaat kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agama, selain menjadi \u201cwow factor\u201d kepada pembangunan Johor.<\/p>\n<p>\u201cDi bawah pentadbiran Menteri Besar, hasil negeri semakin meningkat dan pengagihan dibuat secara adil kepada rakyat. Kita harap kemakmuran ini dapat diteruskan untuk seluruh rakyat Johor,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ahmad Zahid Hamidi menegaskan pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail di Istana Besar Johor pada Isnin tidak menyentuh soal kemungkinan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan dalam masa terdekat. Menurut Presiden UMNO itu, pertemuan itu lebih tertumpu kepada sambutan ulang tahun parti ke-80 yang berlangsung di Johor [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":337,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[147,630,103,90,2320,146],"authors":[],"class_list":["post-10241","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-johor","tag-prn","tag-sultan-ibrahim","tag-tunku-ismail","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10241","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10241"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10241\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10242,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10241\/revisions\/10242"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/337"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10241"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10241"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10241"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10241"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}