{"id":10247,"date":"2026-05-12T05:18:53","date_gmt":"2026-05-12T05:18:53","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10247"},"modified":"2026-05-12T05:18:53","modified_gmt":"2026-05-12T05:18:53","slug":"kes-61-tikaman-di-kelantan-pelajar-kolej-didakwa-bunuh-nurfisya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kes-61-tikaman-di-kelantan-pelajar-kolej-didakwa-bunuh-nurfisya\/","title":{"rendered":"Kes 61 tikaman di Kelantan: Pelajar Kolej didakwa bunuh Nurfisya"},"content":{"rendered":"<p>Seorang penuntut kolej dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini atas pertuduhan membunuh pelajar Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Nurfisya Zulkifly, 19, yang mayatnya ditemukan dengan 61 kesan tikaman di Ketereh awal bulan ini.<\/p>\n<p>Tertuduh, Muhammad Hazim Muhammad, 19, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rais Imran Hamid.<\/p>\n<p>Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.<\/p>\n<p>Mengikut pertuduhan, Muhammad Hazim didakwa menyebabkan kematian Nurfisya antara jam 11.40 malam, 30 April hingga 12.20 tengah malam, 1 Mei lalu di Jalan Pengkalan Piah, Ketereh.<\/p>\n<p>Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara sehingga 40 tahun dan, jika tidak dijatuhi hukuman mati, boleh dikenakan minimum 12 sebatan.<\/p>\n<p>Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Kelantan, Wan Azimah Yaacob bersama dua Timbalan Pendakwa Raya, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Alias Ibrahim.<\/p>\n<p>Semasa prosiding, pihak pendakwaan memohon tarikh baharu bagi melengkapkan beberapa laporan pakar berkaitan siasatan kes. Mahkamah kemudian menetapkan 2 Julai depan untuk sebutan semula dan pengurusan kes.<\/p>\n<p>Kes pembunuhan itu menggemparkan negara selepas mayat mangsa ditemui di Kampung Padang Simah, Ketereh pada 1 Mei lalu dalam keadaan penuh kesan tikaman di seluruh badan.<\/p>\n<p>Polis sebelum ini memaklumkan mangsa tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri ketika ditemukan, namun identitinya berjaya dikenal pasti melalui semakan cap jari oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).<\/p>\n<p>\u201cSiasatan mendapati mangsa dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya dibuang di kawasan berkenaan,\u201d menurut polis.<\/p>\n<p>Susulan kejadian itu, polis turut menahan empat individu termasuk sepasang warga emas yang juga ibu bapa kepada seorang suspek bagi membantu siasatan.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, pasangan terbabit kemudian dibebaskan dengan jaminan polis.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seorang penuntut kolej dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini atas pertuduhan membunuh pelajar Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Nurfisya Zulkifly, 19, yang mayatnya ditemukan dengan 61 kesan tikaman di Ketereh awal bulan ini. Tertuduh, Muhammad Hazim Muhammad, 19, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rais Imran Hamid. Tiada pengakuan direkodkan kerana [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2626,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[3806,516,925,3860,58,3895,135],"authors":[],"class_list":["post-10247","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-61-tikaman","tag-bunuh","tag-kelantan","tag-kolej","tag-mahkamah","tag-penuntut","tag-wanita"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10247","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10247"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10247\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10248,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10247\/revisions\/10248"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2626"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10247"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10247"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10247"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10247"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}