{"id":10257,"date":"2026-05-12T05:58:48","date_gmt":"2026-05-12T05:58:48","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10257"},"modified":"2026-05-12T05:58:48","modified_gmt":"2026-05-12T05:58:48","slug":"fahmi-mahu-literasi-digital-jadi-benteng-kekang-jenayah-siber-kanak-kanak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/fahmi-mahu-literasi-digital-jadi-benteng-kekang-jenayah-siber-kanak-kanak\/","title":{"rendered":"Fahmi mahu literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak"},"content":{"rendered":"<p>Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mahu usaha memperkukuh keselamatan internet dan literasi digital dipertingkat susulan peningkatan kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak yang dikaitkan dengan platform dalam talian.<\/p>\n<p>Ketika berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi, beliau berkata pendedahan Polis Diraja Malaysia menerusi operasi Cyber Guardian baru-baru ini sepatutnya menjadi \u201camaran besar\u201d kepada masyarakat mengenai ancaman pemangsa seksual dalam talian.<\/p>\n<p>Menurutnya, seramai 117 individu ditahan menerusi tiga operasi utama iaitu Op Pedo 1 pada penghujung 2024, Op Pedo 2 pada pertengahan tahun lalu dan operasi Cyber Guardian.<\/p>\n<p>\u201cMereka ini adalah penjenayah seksual yang memangsakan kanak-kanak. Jumlah bahan lucah dan video menjijikkan yang dirampas pula mencecah ratusan ribu fail,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata perkembangan itu menunjukkan pemangsa seksual sentiasa mencari peluang untuk memperdaya mangsa, terutama apabila tahap keselamatan internet masih lemah dan kesedaran pengguna rendah.<\/p>\n<p>Fahmi turut membangkitkan satu kes di Sabah yang menyaksikan seorang lelaki dipenjara 10 tahun dan dikenakan dua sebatan selepas didapati bersalah melakukan jenayah seksual terhadap remaja perempuan berusia 15 tahun yang dikenalinya melalui TikTok.<\/p>\n<p>\u201cAnak-anak hari ini sangat terdedah kepada internet. Mereka membesar dengan telefon pintar dan media sosial sebagai sebahagian kehidupan harian.<\/p>\n<p>\u201cSebab itu kita bukan sahaja perlukan internet yang laju dan murah, tetapi internet yang lebih selamat terutama untuk kanak-kanak,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata kementeriannya akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan bagi memperkukuh pendidikan literasi digital di sekolah, termasuk kemungkinan menjadikannya sebahagian daripada silibus asas atau aktiviti pembelajaran seperti Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).<\/p>\n<p>Katanya, generasi muda khususnya Gen Z sangat mahir menggunakan teknologi, namun mereka juga perlu dilengkapkan dengan kesedaran mengenai risiko dalam talian supaya tidak menjadi mangsa pedofilia, buli siber dan penipuan internet.<\/p>\n<p>\u201cSaya percaya dengan kerjasama pelbagai pihak, usaha meningkatkan keselamatan digital dapat melindungi anak-anak kita dengan lebih baik,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mahu usaha memperkukuh keselamatan internet dan literasi digital dipertingkat susulan peningkatan kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak yang dikaitkan dengan platform dalam talian. Ketika berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi, beliau berkata pendedahan Polis Diraja Malaysia menerusi operasi Cyber Guardian baru-baru ini sepatutnya menjadi \u201camaran besar\u201d kepada masyarakat mengenai ancaman pemangsa seksual [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6390,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[49,184,285,16,3903,43,3904,1552],"authors":[],"class_list":["post-10257","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-fahmi-fadzil","tag-komunikasi","tag-madani","tag-mcmc","tag-op-pedo","tag-pdrm","tag-penjenayah","tag-seksual"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10257","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10257"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10257\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10258,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10257\/revisions\/10258"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6390"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10257"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10257"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10257"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10257"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}