{"id":10272,"date":"2026-05-12T08:43:18","date_gmt":"2026-05-12T08:43:18","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10272"},"modified":"2026-05-12T08:43:18","modified_gmt":"2026-05-12T08:43:18","slug":"pemuda-pas-selangor-tegur-nik-zawawi-isu-ceramah-sahabat-nabi-saran-bertaubat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pemuda-pas-selangor-tegur-nik-zawawi-isu-ceramah-sahabat-nabi-saran-bertaubat\/","title":{"rendered":"Pemuda PAS Selangor tegur Nik Zawawi isu ceramah sahabat nabi, saran bertaubat"},"content":{"rendered":"<p>Kenyataan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh, dalam satu ceramah politik yang didakwa menyentuh sejarah empat sahabat utama Nabi Muhammad SAW terus mengundang kritikan pelbagai pihak, termasuk daripada pimpinan PAS sendiri.<\/p>\n<p>Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar secara terbuka menyarankan Nik Zawawi supaya bertaubat dan memperbetulkan kenyataannya selepas video ceramah itu tular di media sosial sejak semalam.<\/p>\n<p>Dalam hantaran di Facebook, Mohamed Sukri menegaskan para sahabat Rasulullah bukan tokoh biasa dalam sejarah Islam kerana mereka merupakan generasi yang dipilih untuk bersama Nabi Muhammad SAW serta mempertahankan agama ketika zaman awal Islam.<\/p>\n<p>\u201cMereka adalah generasi yang dipilih oleh Allah untuk hidup bersama nabi, menerima wahyu secara langsung dan mempertahankan Islam dengan darah dan air mata,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Walaupun kenyataan awalnya dibuat tanpa menamakan mana-mana individu, Mohamed Sukri kemudian mengesahkan ia merujuk kepada Nik Zawawi menerusi ruangan komen.<\/p>\n<p>\u201cSalah tetap salah. Dr Nik Zawawi perlu bertaubat dan betulkan kenyataan,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Kontroversi tercetus selepas tular beberapa video ceramah Nik Zawawi yang menggambarkan kehidupan Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman Affan dan Ali Abi Talib sebelum memeluk Islam dengan ungkapan yang dianggap keterlaluan dan tidak beradab.<\/p>\n<p>Antara lain, beliau didakwa menggambarkan Abu Bakar sebagai \u201cbapa ceti\u201d yang menindas orang miskin, manakala Umar pula disebut sebagai seorang yang zalim dan suka berzina sebelum menerima Islam.<\/p>\n<p>Ceramah itu dipercayai disampaikan dalam satu program politik di Kuala Terengganu hujung minggu lalu.<\/p>\n<p>Dalam sejarah Islam, empat tokoh berkenaan dikenali sebagai Khulafa ar-Rasyidin dan dihormati sebagai sahabat paling rapat dengan Rasulullah SAW.<\/p>\n<p>Mereka memainkan peranan besar dalam penyebaran serta pentadbiran awal Islam selepas kewafatan nabi.<\/p>\n<p>Ketua Wanita Amanah Nasional, Aiman Athirah Sabu, turut menyifatkan penggunaan bahasa sensasi dan menghina terhadap tokoh Islam sebagai tindakan yang tidak berhikmah.<\/p>\n<p>\u201cPenggunaan bahasa yang kasar dan sensasi bukan sahaja mencemarkan kemuliaan tokoh-tokoh agung Islam, malah membuka ruang fitnah dan salah faham terhadap agama,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sementara itu, pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussin menyifatkan teguran terbuka terhadap Nik Zawawi sebagai perkembangan sihat dalam budaya ilmu kerana kritikan itu datang merentasi parti politik, termasuk daripada beberapa tokoh PAS sendiri.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kenyataan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh, dalam satu ceramah politik yang didakwa menyentuh sejarah empat sahabat utama Nabi Muhammad SAW terus mengundang kritikan pelbagai pihak, termasuk daripada pimpinan PAS sendiri. Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar secara terbuka menyarankan Nik Zawawi supaya bertaubat dan memperbetulkan kenyataannya selepas video ceramah itu tular [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10273,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[3907,1716,3901,3897,3905,3906,3900],"authors":[],"class_list":["post-10272","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bertaubat","tag-mohamed-sukri-omar","tag-nabi","tag-nik-muhammad-zawawi-salleh","tag-pas-selangor","tag-pasir-puteh","tag-sahabat"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10272","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10272"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10272\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10274,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10272\/revisions\/10274"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/10273"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10272"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10272"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10272"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10272"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}