{"id":10279,"date":"2026-05-12T08:53:01","date_gmt":"2026-05-12T08:53:01","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10279"},"modified":"2026-05-12T08:53:01","modified_gmt":"2026-05-12T08:53:01","slug":"mten-mahu-sewa-premis-pbt-dikurangkan-segera-menteri-ekonomi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mten-mahu-sewa-premis-pbt-dikurangkan-segera-menteri-ekonomi\/","title":{"rendered":"MTEN mahu sewa premis PBT dikurangkan segera: Menteri Ekonomi"},"content":{"rendered":"<p>Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) menggesa semua pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri supaya segera mengurangkan kadar sewa premis serta kedai di bawah seliaan masing-masing bagi membantu peniaga kecil menghadapi tekanan kos operasi yang semakin meningkat.<\/p>\n<p>Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, langkah itu penting bagi memastikan peniaga kecil, pengusaha pasar malam dan usahawan mikro terus bertahan dalam keadaan ekonomi semasa yang mencabar.<\/p>\n<p>\u201cMereka terdedah kepada aliran tunai yang lemah dan terlalu bergantung kepada satu sumber pendapatan. Tanpa intervensi, risiko penutupan premis boleh meningkat dengan ketara,\u201d katanya ketika menyampaikan taklimat Krisis Bekalan Global secara dalam talian hari ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata kos operasi kini meningkat antara tujuh hingga 58 peratus daripada keseluruhan kos perniagaan, sekali gus memberi tekanan besar kepada golongan peniaga kecil di seluruh negara.<\/p>\n<p>Menurutnya, beberapa agensi kerajaan sudah memulakan langkah tersebut termasuk Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang melaksanakan pengurangan sewa sebanyak 20 peratus melibatkan lebih 7,000 lot premis mulai bulan ini.<\/p>\n<p>Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut menawarkan potongan 50 peratus bagi tapak penjaja terpilih sehingga Disember 2027.<\/p>\n<p>\u201cUsaha ini bertujuan memastikan peniaga kecil terus berniaga, pekerja masih mempunyai pendapatan dan ekonomi komuniti dapat terus bergerak,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, Akmal berkata tekanan kos kini mula dirasai dalam sektor perkhidmatan apabila Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan meningkat 2.1 peratus pada suku pertama tahun ini, didorong kenaikan harga dalam subsektor penginapan, makanan dan minuman serta pengangkutan.<\/p>\n<p>Beliau turut memaklumkan beberapa barangan makanan menunjukkan peningkatan harga sejak awal Mei lalu, antaranya ikan kembung, udang putih, sawi dan santan kelapa segar.<\/p>\n<p>\u201cWalaupun statistik menunjukkan harga makanan masih terkawal, kerajaan bimbang ada rakyat terutama di luar bandar mula merasai tekanan kos sara hidup,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Susulan itu, MTEN bersetuju supaya Ketua Setiausaha Negara bersama semua kementerian menyelaras bantuan kerajaan agar lebih cepat sampai kepada golongan miskin dan rentan.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Akmal berkata trend penggunaan pengangkutan awam turut meningkat apabila jumlah penumpang rel naik 7.6 peratus dan bas meningkat 10.3 peratus pada April lalu, menunjukkan rakyat mula memilih gaya hidup lebih berjimat dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) menggesa semua pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri supaya segera mengurangkan kadar sewa premis serta kedai di bawah seliaan masing-masing bagi membantu peniaga kecil menghadapi tekanan kos operasi yang semakin meningkat. Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, langkah itu penting bagi memastikan peniaga kecil, pengusaha pasar malam dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10280,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[3368,68,1763,585,205,3526,1387,2408,156],"authors":[],"class_list":["post-10279","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-akmal-nasrullah-mohd-nasir","tag-ekonomi","tag-global","tag-krisis","tag-menteri","tag-mten","tag-pbt","tag-premis","tag-sewa"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10279","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10279"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10279\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10281,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10279\/revisions\/10281"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/10280"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10279"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10279"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10279"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10279"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}