{"id":10304,"date":"2026-05-13T03:37:50","date_gmt":"2026-05-13T03:37:50","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10304"},"modified":"2026-05-13T03:37:52","modified_gmt":"2026-05-13T03:37:52","slug":"nik-zawawi-jelaskan-isu-ceramah-sahabat-nabi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/nik-zawawi-jelaskan-isu-ceramah-sahabat-nabi\/","title":{"rendered":"Nik Zawawi jelaskan isu ceramah sahabat Nabi"},"content":{"rendered":"<p>Nik Muhammad Zawawi Salleh tampil memberi penjelasan berhubung kontroversi ceramahnya yang tular baru-baru ini selepas didakwa menghina dan merendahkan martabat para sahabat Nabi Muhammad SAW.<\/p>\n<p>Ahli Parlimen Pasir Puteh itu berkata, kenyataannya mengenai kehidupan beberapa sahabat sebelum kedatangan Islam hanya bertujuan memudahkan masyarakat memahami suasana dan sistem kehidupan masyarakat Arab pada zaman jahiliyah.<\/p>\n<p>Menurutnya, penggunaan istilah seperti \u201cceti\u201d dalam ceramah tersebut hanyalah gambaran untuk menjelaskan bagaimana sistem masyarakat ketika itu beroperasi sebelum Islam dibawa oleh Rasulullah SAW.<\/p>\n<p>\u201cApa yang saya maksudkan ialah pada zaman jahiliyah di Mekah, sesiapa sahaja yang hidup dalam masyarakat ketika itu terpaksa akur dengan sistem yang ada.<\/p>\n<p>\u201cIa termasuk tokoh seperti Abu Bakar dan Abdul Rahman bin Auf sebelum Islam datang,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan keadaan itu bukan kesalahan para sahabat kerana Islam masih belum diturunkan pada ketika itu.<\/p>\n<p>Kontroversi tercetus selepas beberapa klip video ceramah politiknya di Kuala Terengganu hujung minggu lalu tersebar di media sosial.<\/p>\n<p>Dalam video berkenaan, beliau dikatakan menggambarkan empat sahabat utama Rasulullah SAW iaitu Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman Affan dan Ali Abi Talib mempunyai sejarah hidup yang buruk sebelum memeluk Islam.<\/p>\n<p>Antara kenyataan yang menjadi perhatian ialah dakwaan bahawa Abu Bakar pernah menjadi \u201cbapa ceti\u201d dan Umar seorang yang zalim ketika zaman jahiliyah.<\/p>\n<p>Susulan itu, pelbagai pihak tampil mengkritik kenyataan berkenaan dan menganggap ia menyentuh sensitiviti umat Islam serta boleh menimbulkan salah faham terhadap kedudukan sahabat Nabi.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Nik Zawawi menafikan beliau pernah mencerca atau menghina para sahabat Rasulullah SAW. Katanya, sebagai umat Islam, perbuatan sedemikian tidak wajar dilakukan.<\/p>\n<p>\u201cSaya hanya menjelaskan bagaimana Islam mengubah manusia. Saidina Abu Bakar menjadi contoh insan yang berubah selepas menerima tarbiah Rasulullah SAW,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menyeru semua pihak supaya menghentikan fitnah dan tidak terus memanaskan isu berkenaan demi menjaga perpaduan umat Islam.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Nik Muhammad Zawawi Salleh tampil memberi penjelasan berhubung kontroversi ceramahnya yang tular baru-baru ini selepas didakwa menghina dan merendahkan martabat para sahabat Nabi Muhammad SAW. Ahli Parlimen Pasir Puteh itu berkata, kenyataannya mengenai kehidupan beberapa sahabat sebelum kedatangan Islam hanya bertujuan memudahkan masyarakat memahami suasana dan sistem kehidupan masyarakat Arab pada zaman jahiliyah. Menurutnya, penggunaan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10305,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[3896,1483,357,3901,3897,126,3900],"authors":[],"class_list":["post-10304","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahli-parlimen-pasir-puteh","tag-ceramah","tag-hina","tag-nabi","tag-nik-muhammad-zawawi-salleh","tag-pas","tag-sahabat"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10304","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10304"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10304\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10306,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10304\/revisions\/10306"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/10305"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10304"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10304"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10304"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10304"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}