{"id":10308,"date":"2026-05-13T03:46:59","date_gmt":"2026-05-13T03:46:59","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10308"},"modified":"2026-05-13T03:46:59","modified_gmt":"2026-05-13T03:46:59","slug":"dewan-ulamak-pas-tegur-nik-zawawi-berhubung-isu-ceramah-sahabat-nabi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/dewan-ulamak-pas-tegur-nik-zawawi-berhubung-isu-ceramah-sahabat-nabi\/","title":{"rendered":"Dewan Ulamak PAS tegur Nik Zawawi berhubung isu ceramah sahabat Nabi"},"content":{"rendered":"<p>Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) mengakui terdapat beberapa fakta tidak tepat dalam ceramah Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh, yang menyentuh latar kehidupan beberapa sahabat Nabi Muhammad SAW sebelum memeluk Islam.<\/p>\n<p>Ketua Penerangan DUPP, Mohd Nor Hamzah berkata pihaknya telah meneliti rakaman ceramah berkenaan serta mendapatkan penjelasan daripada pihak berkaitan sebelum membuat pendirian.<\/p>\n<p>Menurutnya, DUPP mengakui beberapa kenyataan berkaitan Sayidina Abu Bakar RA, Sayidina Umar RA dan Sayidina Uthman RA tidak tepat dari sudut fakta sejarah Islam.<\/p>\n<p>\u201cPara sahabat Rasulullah SAW merupakan generasi terbaik umat Islam yang wajib dimuliakan dan dipelihara kehormatan mereka. Sebarang huraian berkaitan sejarah dan keperibadian mereka perlu disampaikan secara tepat, beradab dan berpandukan disiplin ilmu yang sahih,\u201d katanya dalam kenyataan.<\/p>\n<p>Beliau turut memaklumkan teguran dalaman telah diberikan kepada Nik Zawawi supaya lebih berhati-hati ketika menyampaikan ceramah berkaitan sejarah Islam.<\/p>\n<p>Kontroversi tercetus selepas Nik Zawawi dalam satu ceramah di Kuala Terengganu menggambarkan Sayidina Abu Bakar sebagai \u201cbapa ceti\u201d, manakala Sayidina Umar pula disebut mempunyai sifat ganas dan terlibat dengan budaya zina sebelum kedatangan Islam.<\/p>\n<p>Kenyataan itu mengundang kritikan pelbagai pihak termasuk pemimpin PAS sendiri serta beberapa ilmuwan agama yang menganggap penyampaian tersebut tidak sesuai dan boleh menimbulkan salah faham terhadap kedudukan para sahabat Nabi.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Nik Zawawi mempertahankan kenyataannya dengan menegaskan beliau tidak berniat menghina para sahabat Rasulullah SAW.<\/p>\n<p>Katanya, penjelasan itu dibuat bagi menggambarkan realiti masyarakat Arab pada zaman jahiliah sebelum menerima hidayah Islam.<\/p>\n<p>\u201cSaya tidak menghina sahabat Nabi. Kita kena berlaku adil dan melihat perkara ini secara positif. Banyak kitab sejarah menjelaskan suasana masyarakat Arab ketika itu yang dipengaruhi sistem jahiliah,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sementara itu, DUPP berkata budaya menasihati dalam perkara ilmu perlu diteruskan secara beradab dan berdasarkan fakta yang sahih demi memastikan kefahaman Islam dalam masyarakat terus terpelihara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) mengakui terdapat beberapa fakta tidak tepat dalam ceramah Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh, yang menyentuh latar kehidupan beberapa sahabat Nabi Muhammad SAW sebelum memeluk Islam. Ketua Penerangan DUPP, Mohd Nor Hamzah berkata pihaknya telah meneliti rakaman ceramah berkenaan serta mendapatkan penjelasan daripada pihak berkaitan sebelum membuat pendirian. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10309,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[3914,3916,1288,3915,3901,3897,126,3900],"authors":[],"class_list":["post-10308","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-dewan-ulamak","tag-dupp","tag-isu","tag-mohd-nor-hamzah","tag-nabi","tag-nik-muhammad-zawawi-salleh","tag-pas","tag-sahabat"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10308","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10308"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10308\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10310,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10308\/revisions\/10310"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/10309"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10308"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10308"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10308"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10308"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}