{"id":10327,"date":"2026-05-13T11:06:08","date_gmt":"2026-05-13T11:06:08","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10327"},"modified":"2026-05-13T11:06:08","modified_gmt":"2026-05-13T11:06:08","slug":"permohonan-pengampunan-jho-low-di-amerika-akan-diteliti-kerajaan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/permohonan-pengampunan-jho-low-di-amerika-akan-diteliti-kerajaan\/","title":{"rendered":"Permohonan pengampunan Jho Low di Amerika akan diteliti kerajaan"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan dijangka membincangkan dakwaan bahawa ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, memohon pengampunan daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dalam mesyuarat Kabinet minggu depan.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, perkara itu hanya disentuh secara ringkas dalam mesyuarat Kabinet hari ini dan belum dibincangkan secara rasmi.<\/p>\n<p>\u201cSudah pasti perkara ini akan dibawa ke perhatian Jemaah Menteri pada minggu hadapan,\u201d katanya pada sidang media mingguan hari ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media antarabangsa yang mendakwa Jho Low telah memfailkan permohonan pengampunan kepada Trump, sekali gus mencetuskan persoalan sama ada Malaysia akan mengemukakan bantahan rasmi kepada pihak berkuasa AS.<\/p>\n<p>Menurut Fahmi, kerajaan setakat ini belum membincangkan sama ada Malaysia menerima sebarang makluman rasmi daripada pihak berkuasa AS mengenai permohonan tersebut.<\/p>\n<p>\u201cSaya ingin meminta pihak media supaya merujuk perkara ini kepada Menteri Dalam Negeri atau Menteri Luar,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Laporan media antarabangsa sebelum ini menyebut laman web Jabatan Kehakiman AS menyenaraikan satu permohonan atas nama Taek Jho Low yang masih berstatus \u201cpending\u201d atau belum diputuskan di bawah kategori pengampunan selepas selesai menjalani hukuman.<\/p>\n<p>Sekiranya permohonan itu diluluskan, pertuduhan jenayah yang dihadapinya di AS berkemungkinan digugurkan.<\/p>\n<p>Jho Low menjadi buruan antarabangsa selepas didakwa menjadi dalang utama skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang dianggap antara penipuan kewangan terbesar dunia.<\/p>\n<p>Pada 2018, pihak berkuasa AS mendakwa kira-kira AS$4.5 bilion dana 1MDB diseleweng melalui rangkaian transaksi haram melibatkan beberapa negara.<\/p>\n<p>Sehingga kini, lokasi sebenar Jho Low masih tidak diketahui walaupun pelbagai usaha pengesanan dilakukan pihak berkuasa antarabangsa dan Malaysia.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan dijangka membincangkan dakwaan bahawa ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, memohon pengampunan daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dalam mesyuarat Kabinet minggu depan. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, perkara itu hanya disentuh secara ringkas dalam mesyuarat Kabinet hari ini dan belum dibincangkan secara rasmi. \u201cSudah pasti perkara ini akan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1634,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[123,1110,49,569,959,287,285,407],"authors":[],"class_list":["post-10327","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-1mdb","tag-donald-trump","tag-fahmi-fadzil","tag-jenayah","tag-jho-low","tag-kewangan","tag-madani","tag-pengampunan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10327","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10327"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10327\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10328,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10327\/revisions\/10328"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1634"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10327"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10327"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10327"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10327"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}