{"id":10330,"date":"2026-05-13T11:14:41","date_gmt":"2026-05-13T11:14:41","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10330"},"modified":"2026-05-13T11:14:51","modified_gmt":"2026-05-13T11:14:51","slug":"sanusi-masih-kekalkan-dua-adun-bersatu-dipecat-dalam-kerajaan-negeri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/sanusi-masih-kekalkan-dua-adun-bersatu-dipecat-dalam-kerajaan-negeri\/","title":{"rendered":"Sanusi masih kekalkan dua ADUN Bersatu dipecat dalam kerajaan negeri"},"content":{"rendered":"<p>Pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah kekal berjalan lancar walaupun beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Bersatu dikenakan tindakan disiplin oleh parti itu baru-baru ini.<\/p>\n<p>Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kerajaan negeri tidak melihat isu berkenaan sebagai sesuatu yang boleh menjejaskan kestabilan pentadbiran kerana proses rayuan masih berjalan mengikut saluran parti.<\/p>\n<p>\u201cKedah ini kami relaks saja. Tak ada isu apa, tak ada masalah apa. Ini isu dalaman parti,\u201d katanya selepas Mesyuarat Exco di Alor Setar pada Rabu.<\/p>\n<p>Untuk rekod, Bersatu sebelum ini memecat ADUN Suka Menanti, Dzowahir Ab Ghani yang juga Exco Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan Kedah dan ADUN Sungai Tiang, Abdul Razak Khamis yang merupakan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.<\/p>\n<p>Menurut beliau, setiap ADUN yang dikenakan tindakan diberikan tempoh 14 hari untuk mengemukakan rayuan dan kerajaan negeri memilih untuk menghormati proses tersebut sebelum membuat sebarang keputusan lanjut.<\/p>\n<p>\u201cSaya difahamkan mereka sudah buat rayuan. Jadi kita tunggulah proses itu selesai mengikut prosedur parti masing-masing,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menjelaskan sebarang tindakan tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa kerana keputusan akhir masih bergantung kepada Lembaga Rayuan parti.<\/p>\n<p>\u201cTak bolehlah saya buat keputusan tergesa-gesa. Kalau tiba-tiba Lembaga Rayuan tarik balik keputusan itu, rugi pula,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Isu disiplin melibatkan beberapa ADUN Bersatu itu tercetus ketika landskap politik negara terus menyaksikan ketegangan dalam kalangan parti komponen Perikatan Nasional selepas Pilihan Raya Umum ke-15.<\/p>\n<p>Sanusi berkata, beliau juga telah menghadap Sultan Kedah bagi mendapatkan pandangan dan nasihat demi memastikan keharmonian politik serta kestabilan negeri terus terpelihara.<\/p>\n<p>\u201cSaya juga sudah menghadap dan berbincang dengan Tuanku Sultan Kedah untuk mendapatkan pandangan serta nasihat demi menjaga keharmonian negeri ini,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau bagaimanapun tidak dapat memastikan tempoh sebenar proses rayuan itu akan selesai kerana ia tertakluk kepada pertimbangan pihak parti.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah kekal berjalan lancar walaupun beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Bersatu dikenakan tindakan disiplin oleh parti itu baru-baru ini. Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kerajaan negeri tidak melihat isu berkenaan sebagai sesuatu yang boleh menjejaskan kestabilan pentadbiran kerana proses rayuan masih berjalan mengikut saluran parti. \u201cKedah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2887,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[73,2580,125,408,276,124],"authors":[],"class_list":["post-10330","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersatu","tag-exco","tag-kedah","tag-menteri-besar","tag-pecat","tag-sanusi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10330","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10330"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10330\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10331,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10330\/revisions\/10331"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2887"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10330"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10330"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10330"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10330"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}