{"id":10333,"date":"2026-05-13T11:18:47","date_gmt":"2026-05-13T11:18:47","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10333"},"modified":"2026-05-13T11:18:47","modified_gmt":"2026-05-13T11:18:47","slug":"isu-hina-sahabat-nabi-menteri-agama-nasihat-ahli-politik-berhati-hati-dalam-ceramah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/isu-hina-sahabat-nabi-menteri-agama-nasihat-ahli-politik-berhati-hati-dalam-ceramah\/","title":{"rendered":"Isu hina sahabat Nabi, Menteri Agama nasihat ahli politik berhati-hati dalam ceramah"},"content":{"rendered":"<p>Dr Zulkifli Hasan mengingatkan semua pihak termasuk pemimpin politik supaya lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan kenyataan berkaitan fatwa atau hal agama bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.<\/p>\n<p>Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata, individu yang mempunyai pengaruh besar dan ramai pengikut perlu memastikan sesuatu pandangan disemak serta dipastikan kesahihannya terlebih dahulu sebelum dikongsikan kepada umum.<\/p>\n<p>\u201cKalau melibatkan tindakan undang-undang, kita serahkan kepada pihak berkuasa,\u201d katanya dipetik laporan media selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Institut Kemahiran Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur pada Rabu.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kontroversi membabitkan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh yang didakwa mengeluarkan kenyataan menyentuh kewibawaan beberapa sahabat Nabi Muhammad SAW.<\/p>\n<p>Isu itu mencetuskan perdebatan dalam media sosial apabila kenyataan berkenaan dianggap oleh sesetengah pihak sebagai tidak sensitif terhadap kedudukan para sahabat Rasulullah SAW yang dihormati umat Islam.<\/p>\n<p>Susulan kontroversi tersebut, Nik Muhammad Zawawi dilaporkan telah memohon maaf dan mengakui kurang cermat ketika mengolah maklumat serta menyampaikan pandangannya.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Zulkifli berkata kerajaan akan terus memperkukuh program pendidikan dan dakwah bagi memupuk kecintaan umat Islam terhadap Rasulullah SAW serta para sahabat baginda.<\/p>\n<p>Katanya, pendekatan pendidikan amat penting bagi memastikan masyarakat memahami isu agama dengan lebih baik dan tidak mudah terpengaruh dengan kenyataan yang boleh mencetuskan salah faham.<\/p>\n<p>Sementara itu, beliau turut menyentuh isu tuntutan nafkah anak melibatkan pasangan bercerai yang sering mengambil masa panjang untuk diselesaikan. Menurutnya, kerajaan sedang memperhebat usaha penambahbaikan termasuk mengadakan kerjasama lebih rapat dengan pihak berkepentingan.<\/p>\n<p>\u201cKita sudah ada gerak kerja dan banyak kejayaan dicapai, namun usaha ini akan terus diperkukuh kerana isu ini sangat penting kepada masyarakat,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dr Zulkifli Hasan mengingatkan semua pihak termasuk pemimpin politik supaya lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan kenyataan berkaitan fatwa atau hal agama bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata, individu yang mempunyai pengaruh besar dan ramai pengikut perlu memastikan sesuatu pandangan disemak serta dipastikan kesahihannya terlebih dahulu sebelum dikongsikan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6139,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[2735,357,285,578,3901,3897,126,3900],"authors":[],"class_list":["post-10333","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-dr-zulkifli-hasan","tag-hina","tag-madani","tag-menteri-agama","tag-nabi","tag-nik-muhammad-zawawi-salleh","tag-pas","tag-sahabat"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10333","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10333"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10333\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10334,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10333\/revisions\/10334"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6139"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10333"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10333"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10333"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10333"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}