{"id":10338,"date":"2026-05-13T11:23:51","date_gmt":"2026-05-13T11:23:51","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10338"},"modified":"2026-05-13T11:23:51","modified_gmt":"2026-05-13T11:23:51","slug":"rafizi-nik-nazmi-umum-langkah-politik-baharu-ahad-ini-tinggalkan-pkr","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/rafizi-nik-nazmi-umum-langkah-politik-baharu-ahad-ini-tinggalkan-pkr\/","title":{"rendered":"Rafizi, Nik Nazmi umum langkah politik baharu Ahad ini, tinggalkan PKR?"},"content":{"rendered":"<p>Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad dijangka mengumumkan hala tuju politik baharu mereka pada 17 Mei ini selepas kedua-duanya berundur daripada kabinet tahun lalu.<\/p>\n<p>Menurut Rafizi, keputusan mengenai langkah seterusnya itu dibuat selepas melalui tempoh hampir setahun meneliti pelbagai pandangan dan pertimbangan politik.<\/p>\n<p>\u201cTempoh setahun yang lalu telah memberi ruang kepada kami berdua mengambil kira pelbagai pandangan, pertimbangan dan faktor untuk memutuskan hala tuju politik kami yang seterusnya,\u201d katanya dalam kenyataan.<\/p>\n<p>Majlis pengumuman tersebut akan berlangsung di PJ Performing Arts Centre (PJPAC), Petaling Jaya dan dibuka kepada orang ramai, khususnya mereka yang mahu melihat perkembangan politik progresif di negara ini.<\/p>\n<p>\u201cSaya menjemput rakyat Malaysia dari seluruh negara dan pelbagai latar belakang yang mahu menyuburkan aliran politik progresif untuk sama-sama hadir ke majlis ini,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Rafizi sebelum ini melepaskan jawatan sebagai Menteri Ekonomi, manakala Nik Nazmi pula mengundurkan diri daripada portfolio Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.<\/p>\n<p>Pengunduran kedua-dua pemimpin itu mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai masa depan politik mereka, termasuk kemungkinan membentuk gerakan baharu di luar kerangka parti sedia ada.<\/p>\n<p>Pada Februari lalu, Rafizi yang juga bekas timbalan presiden PKR dilaporkan berkata beliau akan mengumumkan pendirian politiknya sekitar pertengahan tahun ini.<\/p>\n<p>Dalam wawancara terdahulu, beliau menegaskan hala tuju politiknya akan berasaskan prinsip \u201cempat tidak\u201d, termasuk tidak menyertai mana-mana parti politik sedia ada, tidak menyertai gerakan kuasa ketiga, tidak menubuhkan parti baharu serta tidak bekerjasama dengan Khairy Jamaluddin.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Rafizi menegaskan tetap akan mempertahankan kerusi Parlimen Pandan pada Pilihan Raya Umum ke-16 akan datang, namun belum mengesahkan sama ada akan bertanding sebagai calon Bebas.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad dijangka mengumumkan hala tuju politik baharu mereka pada 17 Mei ini selepas kedua-duanya berundur daripada kabinet tahun lalu. Menurut Rafizi, keputusan mengenai langkah seterusnya itu dibuat selepas melalui tempoh hampir setahun meneliti pelbagai pandangan dan pertimbangan politik. \u201cTempoh setahun yang lalu telah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":226,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[170,2815,358,208,9,18,11,101,209],"authors":[],"class_list":["post-10338","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar-ibrahim","tag-hala-tuju","tag-keluar-parti","tag-nik-nazmi","tag-pkr","tag-pmx","tag-politik","tag-pru-16","tag-rafizi-ramli"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10338","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10338"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10338\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10339,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10338\/revisions\/10339"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/226"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10338"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10338"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10338"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10338"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}