{"id":10341,"date":"2026-05-13T11:27:40","date_gmt":"2026-05-13T11:27:40","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10341"},"modified":"2026-05-13T11:27:40","modified_gmt":"2026-05-13T11:27:40","slug":"rtm-unifi-tv-siar-semua-aksi-piala-dunia-2026","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/rtm-unifi-tv-siar-semua-aksi-piala-dunia-2026\/","title":{"rendered":"RTM, Unifi TV siar semua aksi Piala Dunia 2026"},"content":{"rendered":"<p>Peminat bola sepak di Malaysia bakal menikmati siaran penuh Piala Dunia FIFA 2026 apabila kesemua 104 perlawanan kejohanan itu akan disiarkan menerusi RTM dan Unifi TV.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, siaran itu dapat direalisasikan hasil kerjasama strategik antara RTM dengan tiga syarikat telekomunikasi utama negara iaitu Unifi, CelcomDigi dan U Mobile.<\/p>\n<p>Menurut beliau, kerjasama berkenaan bukan sahaja membuka akses lebih luas kepada rakyat untuk menonton kejohanan bola sepak terbesar dunia, malah mengukuhkan peranan penyiaran awam dalam menyediakan kandungan berkualiti tanpa kos tambahan.<\/p>\n<p>\u201cKesemua 104 perlawanan akan ditayangkan menerusi RTM dan Unifi TV. Ini adalah usaha bersama untuk memastikan rakyat dapat menikmati temasya sukan bertaraf dunia dengan capaian lebih menyeluruh,\u201d katanya pada sidang media mingguan hari ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata, inisiatif itu juga selari dengan usaha Kerajaan Madani untuk menjadikan sukan sebagai medium perpaduan rakyat pelbagai kaum dan latar belakang.<\/p>\n<p>Sementara itu, Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Ashwad Ismail memaklumkan penglibatan penaja korporat membantu kerajaan mengurangkan kos mendapatkan hak penyiaran kejohanan berprestij tersebut.<\/p>\n<p>\u201cSebahagian besar pembiayaan datang daripada kerjasama strategik dengan syarikat korporat dan perbelanjaan RTM adalah pada tahap minimum,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Fahmi turut memaklumkan siaran Piala Dunia 2026 akan boleh ditonton melalui pelbagai platform termasuk siaran percuma MyTV, RTM Klik dan platform penstriman Unifi TV bagi memastikan liputan lebih meluas kepada penonton di seluruh negara.<\/p>\n<p>Unifi TV dijadual menyiarkan kesemua perlawanan secara langsung, manakala RTM akan menayangkan sebahagian besar aksi secara langsung dan siaran tertunda mengikut jadual siaran.<\/p>\n<p>Piala Dunia FIFA 2026 bakal mencipta sejarah apabila dianjurkan secara bersama oleh Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada.<\/p>\n<p>Perlawanan pembukaan dijadual berlangsung di Mexico City pada 11 Jun 2026, manakala aksi final akan diadakan di New Jersey pada 19 Julai 2026.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Peminat bola sepak di Malaysia bakal menikmati siaran penuh Piala Dunia FIFA 2026 apabila kesemua 104 perlawanan kejohanan itu akan disiarkan menerusi RTM dan Unifi TV. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, siaran itu dapat direalisasikan hasil kerjasama strategik antara RTM dengan tiga syarikat telekomunikasi utama negara iaitu Unifi, CelcomDigi dan U Mobile. Menurut beliau, kerjasama [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9988,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[49,184,3919,325,3920],"authors":[],"class_list":["post-10341","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-fahmi-fadzil","tag-komunikasi","tag-piala-dunia","tag-rtm","tag-unifi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10341","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10341"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10341\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10342,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10341\/revisions\/10342"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/9988"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10341"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10341"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10341"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10341"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}