{"id":10343,"date":"2026-05-13T11:35:23","date_gmt":"2026-05-13T11:35:23","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10343"},"modified":"2026-05-13T11:35:23","modified_gmt":"2026-05-13T11:35:23","slug":"wanita-di-miri-rugi-hampir-rm289000-ditipu-pelaburan-saham-palsu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/wanita-di-miri-rugi-hampir-rm289000-ditipu-pelaburan-saham-palsu\/","title":{"rendered":"Wanita di Miri rugi hampir RM289,000 ditipu pelaburan saham palsu"},"content":{"rendered":"<p>Seorang wanita tempatan kerugian hampir RM289,000 selepas menjadi mangsa sindiket pelaburan saham palsu yang dipercayai menggunakan platform dalam talian dikenali sebagai \u2018Aetherbridge Capital\u2019 atau \u2018AB Limited\u2019.<\/p>\n<p>Ketua Polis Daerah Miri Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, laporan berhubung kejadian itu diterima Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah (BSJKD) Miri pada 12 Mei lalu.<\/p>\n<p>Menurutnya, mangsa yang berusia awal 30-an berkenalan dengan seorang individu dikenali sebagai \u201cChloe\u201d menerusi aplikasi Xiaohongshu sekitar tahun lalu sebelum diperkenalkan dengan skim pelaburan berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cMangsa kemudian dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp berkaitan pelaburan itu dan diarahkan memuat turun aplikasi \u2018AB Limited\u2019 melalui Apple App Store,\u201d katanya dalam kenyataan.<\/p>\n<p>Beliau berkata, suspek meyakinkan mangsa pelaburan tersebut sah apabila aplikasi itu memaparkan maklumat saham yang menyerupai platform dagangan sebenar selain menunjukkan keuntungan selepas transaksi dilakukan.<\/p>\n<p>Tertarik dengan keuntungan yang dipaparkan, mangsa melakukan 22 transaksi pindahan wang ke beberapa akaun syarikat berbeza dengan jumlah keseluruhan RM288,761.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, apabila mangsa cuba mengeluarkan keuntungan, dia diminta terus membeli saham kononnya bagi meningkatkan pulangan pelaburan. Keadaan itu menyebabkan pengeluaran wang tidak dapat dilakukan.<\/p>\n<p>\u201cPada 12 Mei lalu, mangsa sekali lagi cuba membuat pengeluaran namun gagal sebelum diminta membayar penalti RM80,000 bagi membolehkan wang dikeluarkan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mangsa kemudian menyedari dirinya ditipu selepas gagal mendapatkan semula modal dan keuntungan yang dijanjikan.<\/p>\n<p>Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.<\/p>\n<p>Penipuan pelaburan dalam talian kini antara jenayah siber paling kerap dilaporkan di negara ini, terutama menerusi media sosial dan aplikasi sembang yang menawarkan keuntungan lumayan dalam tempoh singkat.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai supaya membuat semakan terlebih dahulu dengan Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebelum menyertai mana-mana pelaburan.<\/p>\n<p>Mangsa penipuan siber yang baru membuat transaksi juga disaran segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 bagi tindakan segera membekukan akaun terlibat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seorang wanita tempatan kerugian hampir RM289,000 selepas menjadi mangsa sindiket pelaburan saham palsu yang dipercayai menggunakan platform dalam talian dikenali sebagai \u2018Aetherbridge Capital\u2019 atau \u2018AB Limited\u2019. Ketua Polis Daerah Miri Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, laporan berhubung kejadian itu diterima Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah (BSJKD) Miri pada 12 Mei lalu. Menurutnya, mangsa yang berusia [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4690,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[3891,16,3921,43,504,1008,34],"authors":[],"class_list":["post-10343","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-kerugian","tag-mcmc","tag-miri","tag-pdrm","tag-pelaburan","tag-penipuan","tag-scam"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10343","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10343"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10343\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10344,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10343\/revisions\/10344"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4690"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10343"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10343"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10343"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10343"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}