{"id":10349,"date":"2026-05-14T02:03:31","date_gmt":"2026-05-14T02:03:31","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10349"},"modified":"2026-05-14T02:03:31","modified_gmt":"2026-05-14T02:03:31","slug":"krisis-global-boleh-ganggu-bekalan-barang-mydin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/krisis-global-boleh-ganggu-bekalan-barang-mydin\/","title":{"rendered":"Krisis global boleh ganggu bekalan barang: Mydin"},"content":{"rendered":"<p>Ketegangan geopolitik global dijangka memberi kesan lebih besar terhadap rantaian bekalan barangan berbanding kenaikan harga, kata Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings, Ameer Ali Mydin.<\/p>\n<p>Beliau berkata kebimbangan utama ketika ini bukan sekadar peningkatan harga barang, tetapi kemungkinan gangguan bekalan akibat konflik dan ketidaktentuan ekonomi dunia.<\/p>\n<p>Menurutnya, Malaysia masih belum merasai kesan besar terhadap ekonomi domestik, namun cabaran sebenar mungkin mula dirasai dalam tempoh beberapa bulan akan datang.<\/p>\n<p>\u201cCabaran sebenar bukan harga. Orang terlalu fokus kepada harga, sedangkan perkara lebih penting ialah sama ada bekalan itu masih ada atau tidak,\u201d katanya dalam temu bual eksklusif bersama Bernama.<\/p>\n<p>Ameer Ali menjelaskan setakat ini perubahan harga masih terkawal dengan ada barangan yang mengalami penurunan harga manakala sebahagian lagi meningkat sekitar tiga hingga lima peratus.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau menjangka gangguan bekalan global boleh memberi tekanan lebih besar kepada pasaran tempatan dalam tempoh tiga hingga enam bulan akan datang.<\/p>\n<p>Beliau berkata dunia sebenarnya pernah melalui situasi serupa sebelum ini termasuk ketika perang Ukraine yang menyebabkan kekurangan baja serta sewaktu pandemik Covid-19 yang mengganggu rantaian bekalan antarabangsa.<\/p>\n<p>\u201cKita sudah beberapa kali melalui keadaan seperti ini. Pengalaman lalu membantu perniagaan dan negara lebih bersedia mengurus gangguan bekalan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mengulas perkembangan sektor e-dagang, Ameer Ali berkata industri itu kini turut berdepan tekanan akibat peningkatan kos logistik dan penghantaran.<\/p>\n<p>Menurut beliau, keadaan semasa berbeza dengan tempoh pandemik apabila pengguna lebih bergantung kepada pembelian dalam talian kerana sekatan pergerakan.<\/p>\n<p>Katanya, pengguna pasar raya lazimnya membeli secara pukal, manakala pembelian menerusi platform e-dagang sering melibatkan item tunggal yang menjadikan kos penghantaran lebih tinggi.<\/p>\n<p>\u201cRamai fikir mereka dapat penghantaran percuma atau kupon percuma, tetapi hakikatnya tiada apa yang benar-benar percuma,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan lain, beliau berkata Mydin masih belum bercadang untuk disenaraikan di Bursa Malaysia kerana syarikat itu lebih mengutamakan nilai jangka panjang dan khidmat kepada masyarakat berbanding keuntungan besar untuk pelabur.<\/p>\n<p>\u201cKami bukan syarikat yang terlalu mengejar keuntungan kerana sebahagian pendapatan dikembalikan kepada pembekal dan komuniti,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ketegangan geopolitik global dijangka memberi kesan lebih besar terhadap rantaian bekalan barangan berbanding kenaikan harga, kata Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings, Ameer Ali Mydin. Beliau berkata kebimbangan utama ketika ini bukan sekadar peningkatan harga barang, tetapi kemungkinan gangguan bekalan akibat konflik dan ketidaktentuan ekonomi dunia. Menurutnya, Malaysia masih belum merasai kesan besar terhadap ekonomi domestik, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8272,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[2987,3923,1763,582,585,2984,583],"authors":[],"class_list":["post-10349","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-ameer-ali-mydin","tag-barang","tag-global","tag-iran","tag-krisis","tag-mydin","tag-perang"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10349","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10349"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10349\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10350,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10349\/revisions\/10350"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/8272"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10349"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10349"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10349"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10349"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}