{"id":10359,"date":"2026-05-14T04:34:16","date_gmt":"2026-05-14T04:34:16","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10359"},"modified":"2026-05-14T04:34:16","modified_gmt":"2026-05-14T04:34:16","slug":"bekas-pemimpin-bersatu-dipelawa-sertai-semula-umno-wan-rosdy","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/bekas-pemimpin-bersatu-dipelawa-sertai-semula-umno-wan-rosdy\/","title":{"rendered":"Bekas pemimpin Bersatu dipelawa sertai semula UMNO: Wan Rosdy"},"content":{"rendered":"<p>UMNO membuka pintu kepada bekas pemimpin Bersatu yang mahu menyertai semula parti itu menerusi gagasan Rumah Bangsa, ketika landskap politik Melayu terus mengalami perubahan selepas beberapa tindakan disiplin diambil terhadap pemimpin parti lawan itu.<\/p>\n<p>Naib Presiden UMNO, Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kemasukan bekas pemimpin Bersatu mampu memberi kekuatan baharu kepada perjuangan UMNO kerana mereka masih mempunyai pengaruh dan sokongan akar umbi.<\/p>\n<p>\u201cKehadiran bekas pimpinan Bersatu yang mahu kembali ini kita alu-alukan. Mereka ada pengikut dan pengaruh, jadi sudah tentu penyertaan mereka akan memberi impak positif kepada Rumah Bangsa,\u201d katanya dipetik laporan media.<\/p>\n<p>Beliau mengulas perkembangan terbaharu dalam Bersatu selepas beberapa wakil rakyat dan pemimpin parti itu dipecat serta digantung keahlian kerana didakwa melanggar perlembagaan parti.<\/p>\n<p>Rumah Bangsa diperkenalkan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi sebagai platform penyatuan orang Melayu dan bagi menerima semula bekas ahli UMNO atau individu yang mahu kembali bersama parti itu.<\/p>\n<p>Setakat ini, lebih 10,000 permohonan dilaporkan diterima.<\/p>\n<p>Menurut Wan Rosdy, situasi semasa menunjukkan sebahagian orang Melayu yang pernah meninggalkan UMNO kini mula melihat semula peranan parti itu dalam kerajaan, khususnya sebagai suara yang mempertahankan kepentingan Melayu dan Islam.<\/p>\n<p>Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ahmad Maslan mengesahkan terdapat beberapa bekas pemimpin Bersatu yang sudah mula \u201cmerisik\u201d untuk menyertai Rumah Bangsa.<\/p>\n<p>Namun katanya, hasrat itu berdepan kekangan Akta Anti Lompat Parti yang berkuat kuasa sejak Oktober 2022.<\/p>\n<p>\u201cYang merisik memang ada, tetapi ada kekangan dari sudut undang-undang. Rumah Bangsa ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang mahu bersama demi agama, bangsa dan negara,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, Timbalan Pengerusi Tetap UMNO, Abdul Fattah Abdullah turut mengajak bekas pemimpin UMNO termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad supaya kembali bersama parti itu.<\/p>\n<p>Katanya, semua pihak perlu mengenepikan perbezaan lama demi masa depan orang Melayu.<\/p>\n<p>\u201cKalau pernah tersasar sebelum ini, bolehlah pulang ke pangkal jalan. Matlamatnya tetap sama, cuma pendekatan yang berbeza,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>UMNO membuka pintu kepada bekas pemimpin Bersatu yang mahu menyertai semula parti itu menerusi gagasan Rumah Bangsa, ketika landskap politik Melayu terus mengalami perubahan selepas beberapa tindakan disiplin diambil terhadap pemimpin parti lawan itu. Naib Presiden UMNO, Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kemasukan bekas pemimpin Bersatu mampu memberi kekuatan baharu kepada perjuangan UMNO kerana mereka [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9993,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[73,2995,146,3842],"authors":[],"class_list":["post-10359","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersatu","tag-rumah-bangsa","tag-umno","tag-wan-rosdy-wan-ismail"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10359","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10359"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10359\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10360,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10359\/revisions\/10360"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/9993"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10359"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10359"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10359"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10359"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}