{"id":10364,"date":"2026-05-14T04:50:22","date_gmt":"2026-05-14T04:50:22","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10364"},"modified":"2026-05-14T04:50:42","modified_gmt":"2026-05-14T04:50:42","slug":"pmx-bantah-langkah-norway-batal-kontrak-peluru-berpandu-lcs","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pmx-bantah-langkah-norway-batal-kontrak-peluru-berpandu-lcs\/","title":{"rendered":"PMX bantah langkah Norway batal kontrak peluru berpandu LCS"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim membantah keras tindakan Norway membatalkan lesen eksport sistem peluru berpandu anti-kapal untuk program Kapal Tempur Pesisir (LCS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).<\/p>\n<p>Bantahan itu disuarakan Perdana Menteri dalam perbualan telefon bersama Perdana Menteri Norway, Jonas Gahr St\u00f8re, susulan keputusan Oslo menarik balik lesen eksport berkaitan sistem peluru berpandu Naval Strike Missile (NSM) dan pelancar berkaitan atas alasan keselamatan negara.<\/p>\n<p>Menurut Anwar, Malaysia telah memenuhi semua syarat kontrak sejak perjanjian itu dimeterai pada 2018, namun tindakan Norway membatalkan lesen secara unilateral menimbulkan persoalan terhadap komitmen negara Eropah itu sebagai rakan strategik pertahanan.<\/p>\n<p>\u201cKontrak yang ditandatangani adalah instrumen yang suci. Ia bukannya sesuatu yang boleh diambil mudah.<\/p>\n<p>\u201cJika pembekal pertahanan Eropah beranggapan mereka boleh mengingkari perjanjian tanpa sebarang tindakan, kedudukan mereka selaku rakan strategik boleh terhakis,\u201d katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.<\/p>\n<p>Kementerian Luar Norway sebelum ini dilaporkan menarik balik beberapa lesen eksport melibatkan teknologi sensitif sebagai sebahagian langkah memperketat kawalan eksport negara itu.<\/p>\n<p>Sistem peluru berpandu NSM berkenaan dibekalkan oleh syarikat Kongsberg Defence &amp; Aerospace (KDA) dari Norway.<\/p>\n<p>Berdasarkan maklumat syarikat itu, kontrak bernilai 124 juta euro atau kira-kira RM571.9 juta telah dimeterai bersama TLDM pada April 2018 bagi melengkapkan enam kapal LCS baharu negara.<\/p>\n<p>Program LCS yang dibangunkan untuk memperkukuh keupayaan pertahanan maritim Malaysia sebelum ini turut berdepan pelbagai kontroversi termasuk kelewatan projek dan peningkatan kos.<\/p>\n<p>Kapal perang itu dijangka menjadi aset utama TLDM dalam mengawal perairan strategik negara, khususnya di Laut China Selatan.<\/p>\n<p>Tindakan terbaru Norway itu dilihat boleh memberi kesan kepada jadual kesiapsiagaan projek LCS selain membuka semula perdebatan mengenai kebergantungan Malaysia terhadap teknologi pertahanan luar negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim membantah keras tindakan Norway membatalkan lesen eksport sistem peluru berpandu anti-kapal untuk program Kapal Tempur Pesisir (LCS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Bantahan itu disuarakan Perdana Menteri dalam perbualan telefon bersama Perdana Menteri Norway, Jonas Gahr St\u00f8re, susulan keputusan Oslo menarik balik lesen eksport berkaitan sistem peluru berpandu Naval Strike Missile (NSM) [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9125,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[170,3927,3924,3925,3926,18,3004],"authors":[],"class_list":["post-10364","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar-ibrahim","tag-jonas-gahr-store","tag-lcs","tag-naval-strike-missile","tag-norway","tag-pmx","tag-tldm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10364","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10364"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10364\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10366,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10364\/revisions\/10366"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/9125"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10364"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10364"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10364"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10364"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}