{"id":10368,"date":"2026-05-14T09:26:33","date_gmt":"2026-05-14T09:26:33","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10368"},"modified":"2026-05-14T09:26:33","modified_gmt":"2026-05-14T09:26:33","slug":"saksi-sprm-beritahu-siasatan-awal-tidak-cukup-bukti-dakwa-guan-eng","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/saksi-sprm-beritahu-siasatan-awal-tidak-cukup-bukti-dakwa-guan-eng\/","title":{"rendered":"Saksi SPRM beritahu siasatan awal tidak cukup bukti dakwa Guan Eng"},"content":{"rendered":"<p>Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur diberitahu siasatan awal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Lim Guan Eng berhubung projek terowong dasar laut dan jalan utama di Pulau Pinang mendapati tiada keterangan mencukupi untuk mendakwanya.<\/p>\n<p>Pegawai penyiasat SPRM, Zulhilmi Ramli, berkata perkara itu dimaklumkan menerusi memo dalam fail siasatan ketika beliau menyertai pasukan khas yang menyiasat skandal berkenaan pada awal 2020.<\/p>\n<p>\u201cSaya menerima fail siasatan yang mengandungi memo menyatakan tiada kes terhadap Lim Guan Eng,\u201d katanya ketika disoal balas peguam bela, Haijan Omar.<\/p>\n<p>Menurut Zulhilmi, memo itu turut memberi gambaran bahawa siasatan terhadap Ahli Parlimen Bagan berkenaan pernah dihentikan sebelum beliau mengambil alih tugas sebagai pegawai penyiasat sekitar Jun 2020.<\/p>\n<p>Beliau bagaimanapun menjelaskan jika sesuatu siasatan didapati tidak mempunyai bukti mencukupi, pegawai penyiasat masih boleh meneruskan usaha melengkapkan siasatan termasuk memanggil semula saksi berkaitan.<\/p>\n<p>Dalam prosiding sama, Zulhilmi bersetuju keterangan beberapa ahli perniagaan termasuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, G Gnanaraja dan mendiang Ewe Swee Kheng telah direkodkan bagi membantu siasatan.<\/p>\n<p>Namun, beliau mengakui keterangan itu pada peringkat awal masih belum mencukupi untuk mendakwa Guan Eng.<\/p>\n<p>Pada masa sama, saksi menolak dakwaan siasatan hanya memfokuskan kepada Guan Eng semata-mata, sebaliknya menegaskan siasatan dijalankan secara menyeluruh melibatkan semua aspek projek.<\/p>\n<p>Kes terowong dasar laut Pulau Pinang antara kontroversi terbesar yang pernah dikaitkan dengan pentadbiran kerajaan negeri ketika Guan Eng menjadi Ketua Menteri.<\/p>\n<p>Projek mega bernilai lebih RM6 bilion itu sebelum ini mencetuskan pelbagai persoalan berkaitan kos, pelaksanaan dan proses pemberian kontrak.<\/p>\n<p>Guan Eng, 65, berdepan pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk menerima rasuah berjumlah RM3.3 juta bagi membantu sebuah syarikat mendapatkan projek pembinaan jalan utama dan terowong dasar laut di Pulau Pinang antara 2011 hingga 2017.<\/p>\n<p>Beliau turut didakwa meminta wang suapan 10 peratus daripada keuntungan projek selain menghadapi dua lagi pertuduhan melibatkan pelupusan tanah milik kerajaan negeri bernilai RM208.8 juta.<\/p>\n<p>Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi akan bersambung pada 4 Jun depan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur diberitahu siasatan awal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Lim Guan Eng berhubung projek terowong dasar laut dan jalan utama di Pulau Pinang mendapati tiada keterangan mencukupi untuk mendakwanya. Pegawai penyiasat SPRM, Zulhilmi Ramli, berkata perkara itu dimaklumkan menerusi memo dalam fail siasatan ketika beliau menyertai pasukan khas yang menyiasat skandal [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2565,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[79,58,24,1183,21,81],"authors":[],"class_list":["post-10368","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-lim-guan-eng","tag-mahkamah","tag-rasuah","tag-saksi","tag-sprm","tag-terowong"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10368","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10368"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10368\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10369,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10368\/revisions\/10369"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2565"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10368"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10368"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10368"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10368"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}