{"id":10374,"date":"2026-05-14T10:42:02","date_gmt":"2026-05-14T10:42:02","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10374"},"modified":"2026-05-14T10:42:02","modified_gmt":"2026-05-14T10:42:02","slug":"rafizi-bayang-pengumuman-politik-besar-ahad-ini","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/rafizi-bayang-pengumuman-politik-besar-ahad-ini\/","title":{"rendered":"Rafizi bayang pengumuman politik besar Ahad ini"},"content":{"rendered":"<p>Rafizi Ramli memberi bayangan bahawa beliau dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, bakal membuat satu pengumuman politik yang disifatkannya sebagai \u201cluar biasa\u201d pada Ahad ini.<\/p>\n<p>Bekas Timbalan Presiden PKR itu berkata, keputusan untuk mengadakan acara terbuka khas menunjukkan pengumuman berkenaan bukan sesuatu yang kecil atau rutin.<\/p>\n<p>\u201cKalau setakat pengumuman biasa, saya buat di TikTok saja. Tetapi kali ini saya dan Nik Nazmi buat keputusan untuk umum secara terbuka dan jemput orang ramai hadir. Maksudnya, ia bukan pengumuman politik biasa-biasa,\u201d katanya kepada pemberita selepas hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya hari ini.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Rafizi enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai hala tuju politik yang bakal diumumkan itu.<\/p>\n<p>Terdahulu, beliau hadir ke SPRM bagi menyerahkan 28 dokumen berkaitan siasatan pelaburan RM1.1 bilion antara kerajaan dan syarikat semikonduktor berpangkalan di United Kingdom, Arm Holdings plc.<\/p>\n<p>Bekas Menteri Ekonomi itu meluangkan kira-kira dua jam memberi keterangan kepada pegawai penyiasat.<\/p>\n<p>Mengulas spekulasi tidak akan meninggalkan PKR, Rafizi berkata pelbagai andaian ketika ini adalah perkara biasa dalam politik.<\/p>\n<p>\u201cBiarlah orang terus meneka dan membuat spekulasi. Masih ada dua hari lagi untuk berteka-teki,\u201d katanya sambil tersenyum.<\/p>\n<p>Sebelum ini, media melaporkan Rafizi dan Nik Nazmi akan mengumumkan langkah politik baharu mereka dalam satu acara di PJ Performing Arts Centre di Bandar Utama, Petaling Jaya pada Ahad, dari jam 2 petang hingga 5 petang.<\/p>\n<p>Perkembangan itu menarik perhatian ramai susulan kedua-dua pemimpin berkenaan sebelum ini tewas dalam pemilihan PKR tahun lalu. Rafizi gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden, manakala Nik Nazmi kalah bagi jawatan Naib Presiden parti.<\/p>\n<p>Pada Mei 2025, Nik Nazmi mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, beberapa jam selepas Rafizi melepaskan jawatan Menteri Ekonomi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Rafizi Ramli memberi bayangan bahawa beliau dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, bakal membuat satu pengumuman politik yang disifatkannya sebagai \u201cluar biasa\u201d pada Ahad ini. Bekas Timbalan Presiden PKR itu berkata, keputusan untuk mengadakan acara terbuka khas menunjukkan pengumuman berkenaan bukan sesuatu yang kecil atau rutin. \u201cKalau setakat pengumuman biasa, saya buat di [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":17,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[3835,386,9,8,21],"authors":[],"class_list":["post-10374","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-arm-holdings-plc","tag-pandan","tag-pkr","tag-rafizi","tag-sprm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10374","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10374"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10374\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10375,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10374\/revisions\/10375"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/17"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10374"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10374"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10374"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10374"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}