{"id":10377,"date":"2026-05-14T10:50:10","date_gmt":"2026-05-14T10:50:10","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10377"},"modified":"2026-05-14T10:50:10","modified_gmt":"2026-05-14T10:50:10","slug":"keputusan-kes-zahid-ditangguh-jun-ini","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/keputusan-kes-zahid-ditangguh-jun-ini\/","title":{"rendered":"Keputusan kes Zahid ditangguh Jun ini"},"content":{"rendered":"<p>Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menangguhkan keputusan permohonan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi untuk mendapatkan pembebasan penuh daripada 47 pertuduhan membabitkan dana Yayasan Akalbudi.<\/p>\n<p>Peguamnya, Hamidi Noh, berkata Timbalan Pendaftar Zaridah Abdul Jaapar menetapkan 8 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cSaya telah memberi taklimat kepadanya mengenai keputusan Mahkamah Rayuan minggu lalu sebelum tarikh mahkamah seterusnya ditetapkan,\u201d katanya dipetik laporan media.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Hakim Nurulhuda Nur\u2019aini Nor dijangka menyampaikan keputusan terhadap permohonan Zahid bagi dilepas dan dibebaskan sepenuhnya daripada semua pertuduhan rasuah, pengubahan wang haram dan pecah amanah yang dihadapinya.<\/p>\n<p>Kes itu menjadi perhatian sejak September 2023 apabila Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk melepas tanpa membebaskan Zahid daripada kesemua 47 pertuduhan.<\/p>\n<p>Permohonan tersebut dibuat oleh Peguam Negara bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneruskan siasatan lanjut terhadap kes berkenaan.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, keputusan itu mencetuskan kontroversi apabila Majlis Peguam memfailkan semakan kehakiman dengan alasan tindakan tersebut tidak rasional serta tidak munasabah.<\/p>\n<p>Permohonan itu pada mulanya ditolak Mahkamah Tinggi pada Jun tahun lalu.<\/p>\n<p>Pada 7 Mei lalu, Badan Peguam berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan selepas panel hakim memutuskan semakan kehakiman berhubung keputusan melepas tanpa membebaskan Zahid perlu didengar berdasarkan merit.<\/p>\n<p>Sementara itu, pada Januari lalu, Zahid memfailkan permohonan baharu untuk mendapatkan pembebasan penuh selepas Peguam Negara memaklumkan kes tersebut diklasifikasikan sebagai \u201cNFA\u201d atau tiada tindakan lanjut.<\/p>\n<p>Keputusan itu dibuat selepas SPRM dilaporkan mendapati tiada bukti mencukupi untuk meneruskan pendakwaan.<\/p>\n<p>Peguam Negara kini mempunyai tempoh 30 hari bermula 7 Mei untuk memohon kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan.<\/p>\n<p>Jika permohonan itu tidak diteruskan atau ditolak, prosiding semakan kehakiman akan kembali didengar di Mahkamah Tinggi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menangguhkan keputusan permohonan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi untuk mendapatkan pembebasan penuh daripada 47 pertuduhan membabitkan dana Yayasan Akalbudi. Peguamnya, Hamidi Noh, berkata Timbalan Pendaftar Zaridah Abdul Jaapar menetapkan 8 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan. \u201cSaya telah memberi taklimat kepadanya mengenai keputusan Mahkamah Rayuan minggu lalu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":337,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[147,502,58,699,146,2871],"authors":[],"class_list":["post-10377","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-dnaa","tag-mahkamah","tag-rayuan","tag-umno","tag-yayasan-akalbudi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10377","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10377"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10377\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10378,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10377\/revisions\/10378"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/337"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10377"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10377"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10377"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10377"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}