{"id":10379,"date":"2026-05-14T10:53:48","date_gmt":"2026-05-14T10:53:48","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10379"},"modified":"2026-05-14T10:53:48","modified_gmt":"2026-05-14T10:53:48","slug":"lebih-10-wakil-rakyat-pembangkang-berminat-sertai-rumah-bangsa-umno","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/lebih-10-wakil-rakyat-pembangkang-berminat-sertai-rumah-bangsa-umno\/","title":{"rendered":"Lebih 10 wakil rakyat pembangkang berminat sertai &#8216;Rumah Bangsa&#8217; UMNO"},"content":{"rendered":"<p>Lebih 10 Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada blok pembangkang dilaporkan menunjukkan minat untuk menyertai semula UMNO menerusi inisiatif Rumah Bangsa yang diperkenalkan parti itu.<\/p>\n<p>Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki berkata kebanyakan mereka merupakan wakil rakyat yang pernah menentang Barisan Nasional (BN) dan UMNO dalam pilihan raya sebelum ini.<\/p>\n<p>\u201cMereka yang berstatus ahli Parlimen dan ADUN amat berminat untuk menyertai kembali Rumah Bangsa. Mereka ini daripada pembangkang dan pernah bertanding melawan BN dahulu,\u201d katanya dipetik laporan mediao selepas menghadiri sesi libat urus Rang Undang-Undang MARA 2026 di Kuala Lumpur.<\/p>\n<p>Menurut beliau, hasrat tersebut bagaimanapun tidak dapat dilaksanakan dalam masa terdekat berikutan kekangan di bawah Akta Anti Lompat Parti yang masih berkuat kuasa.<\/p>\n<p>\u201cKita ada sedikit halangan kerana mereka memegang jawatan sebagai ahli Parlimen dan ADUN. Akta Anti Lompat Parti menjadi kekangan, tetapi minat mereka untuk bersama Rumah Bangsa memang sangat tinggi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Asyraf berkata, beberapa siri pertemuan turut diadakan bersama Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa yang dipengerusikan oleh Mohamed Khaled Nordin bagi meneliti maklum balas serta permohonan yang diterima.<\/p>\n<p>Inisiatif Rumah Bangsa diperkenalkan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi sebagai platform penyatuan semula orang Melayu serta membuka ruang kepada bekas ahli untuk kembali menyertai parti tersebut.<\/p>\n<p>Langkah itu dilihat sebagai usaha UMNO memperkukuh kembali sokongan akar umbi selepas prestasi parti berdepan cabaran dalam beberapa pilihan raya kebelakangan ini, termasuk Pilihan Raya Umum ke-15.<\/p>\n<p>Setakat ini, UMNO dilaporkan menerima lebih 10,000 permohonan menerusi inisiatif Rumah Bangsa sejak ia diperkenalkan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Lebih 10 Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada blok pembangkang dilaporkan menunjukkan minat untuk menyertai semula UMNO menerusi inisiatif Rumah Bangsa yang diperkenalkan parti itu. Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki berkata kebanyakan mereka merupakan wakil rakyat yang pernah menentang Barisan Nasional (BN) dan UMNO dalam pilihan raya sebelum ini. \u201cMereka yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1639,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[356,634,73,309,2995,801,146],"authors":[],"class_list":["post-10379","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-adun","tag-asyraf-wajdi","tag-bersatu","tag-parlimen","tag-rumah-bangsa","tag-setiausaha-agung","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10379","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10379"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10379\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10380,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10379\/revisions\/10380"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1639"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10379"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10379"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10379"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10379"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}