{"id":10382,"date":"2026-05-14T11:02:01","date_gmt":"2026-05-14T11:02:01","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10382"},"modified":"2026-05-14T11:02:01","modified_gmt":"2026-05-14T11:02:01","slug":"ekonomi-malaysia-dijangka-terus-kukuh-tahun-depan-bank-dunia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ekonomi-malaysia-dijangka-terus-kukuh-tahun-depan-bank-dunia\/","title":{"rendered":"Ekonomi malaysia dijangka terus kukuh tahun depan: Bank Dunia"},"content":{"rendered":"<p>Bank Dunia menjangkakan ekonomi Malaysia terus berkembang pada kadar 4.4 peratus tahun depan meskipun dunia masih berdepan ketidaktentuan akibat konflik geopolitik, perang dagangan dan kelembapan ekonomi global.<\/p>\n<p>Pengarah Bahagian Bank Dunia bagi Filipina, Malaysia dan Brunei, Zafer Mustafaoglu berkata permintaan domestik kekal menjadi pemacu utama pertumbuhan negara.<\/p>\n<p>Menurut beliau, Malaysia sebagai ekonomi terbuka masih terdedah kepada risiko luaran terutama melalui sektor perdagangan dan kewangan.<\/p>\n<p>\u201cKonflik geopolitik dan ketegangan perdagangan, pertumbuhan global yang lemah, turun naik pasaran kewangan serta ketidakpastian dasar dalam ekonomi utama boleh menjejaskan perdagangan dan keyakinan,\u201d katanya ketika melancarkan laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia April 2026 di Kuala Lumpur hari ini.<\/p>\n<p>Bank Dunia turut mengakui prestasi ekonomi Malaysia pada 2025 lebih baik daripada jangkaan apabila negara mencatat pertumbuhan kukuh 5.2 peratus, didorong peningkatan permintaan domestik dan eksport yang memberangsangkan.<\/p>\n<p>\u201cPencapaian ini mencerminkan kekuatan asas dan daya tahan ekonomi Malaysia walaupun berdepan persekitaran global yang mencabar,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau mengingatkan Malaysia masih berdepan isu produktiviti tenaga kerja yang sederhana walaupun kadar guna tenaga kekal stabil.<\/p>\n<p>Katanya, ramai graduan masih bekerja dalam bidang yang tidak sepadan dengan kemahiran dimiliki, sekali gus menyebabkan potensi modal insan negara tidak digunakan sepenuhnya.<\/p>\n<p>Beliau turut menjelaskan faktor seperti tahap persaingan pasaran yang lemah, peraturan tidak kompetitif, proses kelulusan yang rumit serta akses pembiayaan yang tidak seimbang menjadi antara penghalang kepada inovasi dan pertumbuhan produktiviti.<\/p>\n<p>\u201cJika produktiviti tidak meningkat, sukar untuk memastikan kenaikan gaji yang mampan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Malaysia memberi tumpuan kepada pembaharuan ekonomi dan usaha menarik pelaburan bernilai tinggi bagi meningkatkan daya saing negara di rantau Asia Tenggara.<\/p>\n<p>Kerajaan juga giat memperkukuh sektor teknologi, ekonomi digital dan pembangunan bakat tempatan bagi memastikan pertumbuhan jangka panjang lebih mampan.<\/p>\n<p>Dalam laporan itu, Bank Dunia mencadangkan Malaysia memberi tumpuan kepada tiga keutamaan utama iaitu mewujudkan persekitaran perniagaan lebih dinamik, memperkukuh inovasi dan pembiayaan produktif serta meningkatkan kemahiran tenaga kerja untuk menghadapi cabaran masa depan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bank Dunia menjangkakan ekonomi Malaysia terus berkembang pada kadar 4.4 peratus tahun depan meskipun dunia masih berdepan ketidaktentuan akibat konflik geopolitik, perang dagangan dan kelembapan ekonomi global. Pengarah Bahagian Bank Dunia bagi Filipina, Malaysia dan Brunei, Zafer Mustafaoglu berkata permintaan domestik kekal menjadi pemacu utama pertumbuhan negara. Menurut beliau, Malaysia sebagai ekonomi terbuka masih terdedah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":7915,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1494,68,2279,897,3928],"authors":[],"class_list":["post-10382","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-bank-dunia","tag-ekonomi","tag-imf","tag-kdnk","tag-zafer-mustafaoglu"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10382","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10382"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10382\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10383,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10382\/revisions\/10383"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/7915"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10382"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10382"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10382"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10382"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}