{"id":10386,"date":"2026-05-15T06:18:39","date_gmt":"2026-05-15T06:18:39","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10386"},"modified":"2026-05-15T06:28:26","modified_gmt":"2026-05-15T06:28:26","slug":"fokus-bantu-rakyat-bukan-berebut-kuasa-pmx","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/fokus-bantu-rakyat-bukan-berebut-kuasa-pmx\/","title":{"rendered":"Fokus bantu rakyat, bukan berebut kuasa: PMX"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak supaya menghentikan perebutan kuasa politik dan memberi tumpuan kepada usaha membantu rakyat ketika dunia berdepan ketidaktentuan ekonomi serta isu bekalan tenaga.<\/p>\n<p>Perdana Menteri berkata, sebarang perebutan kuasa sepatutnya diselesaikan menerusi proses demokrasi dan pilihan raya, bukannya ketika rakyat sedang berhadapan pelbagai cabaran kos sara hidup dan ekonomi semasa.<\/p>\n<p>\u201cNegara kita menghadapi banyak masalah. Fokus sekarang ialah membantu rakyat, bukan berebut kuasa. Pilihan raya ada masanya dan di situlah gelanggang sebenar untuk menentukan kuasa,\u201d katanya ketika merasmikan sambutan Hari Belia Negara 2026 di Seremban.<\/p>\n<p>Kenyataan itu dilihat merujuk kepada kemelut politik yang sebelum ini melanda Negeri Sembilan.<\/p>\n<p>Dalam ucapannya, Anwar turut memuji Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun kerana ketegasan dan kesabarannya menghadapi tekanan politik.<\/p>\n<p>Pada majlis sama, kerajaan mengumumkan tambahan peruntukan RM5 juta kepada Majlis Belia Malaysia bagi memperkasa pembangunan belia negara.<\/p>\n<p>Selain itu, kerajaan turut menyediakan peruntukan RM42.3 juta bagi pembangunan syiar Islam yang akan memanfaatkan lebih 7,000 guru KAFA, imam, guru takmir dan petugas masjid di seluruh negara. Sebanyak RM5.4 juta lagi disalurkan untuk penyelenggaraan institusi pendidikan Islam termasuk pondok, maahad tahfiz dan sekolah agama.<\/p>\n<p>Tiga projek pembaikan institusi pondok dan tahfiz di Negeri Sembilan turut diluluskan dengan kos keseluruhan RM800,000 di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, Anwar berkata Malaysia masih berada dalam keadaan stabil dari segi bekalan bahan api berbanding beberapa negara lain yang sudah mula berdepan kekurangan bekalan minyak dan diesel.<\/p>\n<p>\u201cKita belum perlu catuan minyak, belum perlu beratur panjang atau larangan penggunaan kenderaan seperti berlaku di sesetengah negara lain. Ini kerana pengurusan ekonomi dan tenaga negara masih terkawal,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata kerajaan melalui PETRONAS kini giat mencari sumber minyak dan gas baharu di beberapa negara termasuk Afrika, Amerika Latin dan Turkmenistan sebagai langkah persediaan jangka panjang bagi memastikan keselamatan tenaga negara terus terjamin.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak supaya menghentikan perebutan kuasa politik dan memberi tumpuan kepada usaha membantu rakyat ketika dunia berdepan ketidaktentuan ekonomi serta isu bekalan tenaga. Perdana Menteri berkata, sebarang perebutan kuasa sepatutnya diselesaikan menerusi proses demokrasi dan pilihan raya, bukannya ketika rakyat sedang berhadapan pelbagai cabaran kos sara hidup dan ekonomi semasa. \u201cNegara kita [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9125,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[13,3929,633,9,18,146],"authors":[],"class_list":["post-10386","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar","tag-berebut-kuasa","tag-pilihan-raya","tag-pkr","tag-pmx","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10386","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10386"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10386\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10387,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10386\/revisions\/10387"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/9125"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10386"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10386"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10386"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10386"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}