{"id":10391,"date":"2026-05-15T06:24:25","date_gmt":"2026-05-15T06:24:25","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10391"},"modified":"2026-05-15T06:24:25","modified_gmt":"2026-05-15T06:24:25","slug":"azmin-terajui-jentera-pilihan-raya-bersatu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/azmin-terajui-jentera-pilihan-raya-bersatu\/","title":{"rendered":"Azmin terajui jentera pilihan raya Bersatu"},"content":{"rendered":"<p>Parti Bersatu melantik Mohamed Azmin Ali sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya parti itu dalam usaha memperkukuh persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) dan beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung pada masa terdekat.<\/p>\n<p>Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang dipengerusikan Presiden parti, Muhyiddin Yassin, malam tadi.<\/p>\n<p>Mesyuarat yang berlangsung hampir empat jam itu turut memberi fokus kepada perkembangan politik semasa, khususnya di Johor.<\/p>\n<p>Dalam kenyataan media, Bersatu memaklumkan pelantikan Azmin dilihat penting bagi menyusun strategi serta memperkemas gerak kerja parti bersama Perikatan Nasional (PN) menjelang pilihan raya akan datang.<\/p>\n<p>\u201cMPT mengarahkan Badan Pimpinan Negeri Johor meningkatkan perbincangan dan kerjasama dengan PN Johor serta pihak lain yang bersedia membawa perubahan demi kesejahteraan negeri,\u201d menurut kenyataan itu.<\/p>\n<p>Selain Johor, MPT turut mengambil perhatian terhadap perkembangan politik di Negeri Sembilan dan Melaka yang dijangka berdepan PRN dalam masa terdekat.<\/p>\n<p>Susulan itu, sesi perbincangan strategik peringkat tertinggi melibatkan kepimpinan tiga negeri berkenaan akan diadakan pada Jun depan bagi memperhalusi pendekatan baharu untuk menarik sokongan rakyat.<\/p>\n<p>Sebagai sebahagian usaha memperkukuh jentera pilihan raya, Bersatu akan mengaktifkan Bilik Gerakan Utama atau \u201cWar Room\u201d bermula 1 Jun 2026.<\/p>\n<p>Kemudahan itu akan menggunakan teknologi moden dan sistem operasi pilihan raya digital menerusi platform SIBER.<\/p>\n<p>Pada masa sama, audit serta pemantauan gerak kerja lapangan menggunakan aplikasi NADI yang diketuai Ahmad Faizal Azumu turut akan diperluaskan di kawasan yang dikenal pasti sebagai tumpuan parti.<\/p>\n<p>Bersatu juga mahu memperhebat pendekatan komunikasi strategik menerusi media dan media sosial bagi meningkatkan keyakinan rakyat terhadap imej parti yang digambarkan sebagai sederhana, progresif dan prihatin.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, MPT turut melantik Muhammad Hilman Idham sebagai wakil Bersatu dalam Majlis Tertinggi Perikatan Nasional.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Parti Bersatu melantik Mohamed Azmin Ali sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya parti itu dalam usaha memperkukuh persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) dan beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung pada masa terdekat. Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang dipengerusikan Presiden parti, Muhyiddin Yassin, malam tadi. Mesyuarat yang berlangsung [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3822,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[73,1846,3426,541,633,103],"authors":[],"class_list":["post-10391","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersatu","tag-mohamed-azmin-ali","tag-pengarah","tag-perikatan-nasional","tag-pilihan-raya","tag-prn"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10391","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10391"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10391\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10392,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10391\/revisions\/10392"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3822"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10391"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10391"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10391"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10391"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}