{"id":10418,"date":"2026-05-15T15:41:59","date_gmt":"2026-05-15T15:41:59","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10418"},"modified":"2026-05-15T15:41:59","modified_gmt":"2026-05-15T15:41:59","slug":"muhyiddin-persoal-pengiktirafan-uec-bagi-kemasukan-ke-ipta","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/muhyiddin-persoal-pengiktirafan-uec-bagi-kemasukan-ke-ipta\/","title":{"rendered":"Muhyiddin persoal pengiktirafan UEC bagi kemasukan ke IPTA"},"content":{"rendered":"<p>Muhyiddin Yassin menggesa kerajaan menilai semula keputusan mengiktiraf sijil Unified Examination Certificate (UEC) untuk kemasukan ke semua program ijazah di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).<\/p>\n<p>Presiden parti Bersatu itu menyifatkan keputusan itu dibuat secara tergesa-gesa tanpa penelitian menyeluruh terhadap implikasi jangka panjang kepada sistem pendidikan negara.<\/p>\n<p>Menurut Muhyiddin, sebelum ini pengiktirafan UEC hanya diberikan bagi beberapa kursus tertentu berkaitan Bahasa Cina dan tertakluk kepada syarat calon memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).<\/p>\n<p>Namun katanya, keputusan baharu kerajaan membuka laluan lebih luas kepada pemegang UEC untuk memasuki IPTA melalui sistem yang tidak dikawal selia kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cDengan pengiktirafan ini, wujud satu lagi saluran kemasukan ke IPTA yang sukatan pelajaran dan peperiksaannya ditadbir sepenuhnya oleh badan bukan kerajaan,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Beliau mendakwa sehingga kini tiada badan kerajaan menjalankan audit atau penilaian jaminan kualiti terhadap sukatan pelajaran, proses pembelajaran dan sistem peperiksaan UEC.<\/p>\n<p>Katanya, keadaan itu boleh mewujudkan dwi-standard dalam sistem kemasukan pelajar ke IPTA kerana melibatkan dua aliran dengan piawaian berbeza.<\/p>\n<p>Muhyiddin turut mengimbas ketika beliau menjadi Menteri Pendidikan dan Timbalan Perdana Menteri, satu kajian kementerian mendapati sukatan pelajaran serta peperiksaan UEC tidak selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.<\/p>\n<p>\u201cSaya pernah mencadangkan supaya kajian menyeluruh dibuat terhadap sistem pendidikan persendirian Cina termasuk pentadbiran peperiksaan UEC sebelum kerajaan mempertimbangkan pengiktirafannya, namun cadangan itu tidak dipersetujui,\u201d katanya.<\/p>\n<p>UEC merupakan sijil peperiksaan sekolah menengah persendirian Cina yang dikendalikan oleh Dong Zong dan sekian lama menjadi perdebatan dalam landskap politik serta pendidikan negara.<\/p>\n<p>Isu pengiktirafannya sering mencetuskan perbezaan pandangan antara parti politik dan pertubuhan pendidikan.<\/p>\n<p>Muhyiddin turut mendakwa keputusan kerajaan Madani itu mempunyai unsur politik bagi memastikan sokongan berterusan DAP terhadap kerajaan perpaduan.<\/p>\n<p>Beliau bagaimanapun menegaskan sebarang dasar pendidikan tidak boleh diputuskan atas pertimbangan politik semata-mata.<\/p>\n<p>\u201cPendidikan bukan sekadar melahirkan modal insan, tetapi alat penting pembinaan dan penyatuan negara bangsa,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Muhyiddin Yassin menggesa kerajaan menilai semula keputusan mengiktiraf sijil Unified Examination Certificate (UEC) untuk kemasukan ke semua program ijazah di institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Presiden parti Bersatu itu menyifatkan keputusan itu dibuat secara tergesa-gesa tanpa penelitian menyeluruh terhadap implikasi jangka panjang kepada sistem pendidikan negara. Menurut Muhyiddin, sebelum ini pengiktirafan UEC hanya diberikan bagi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3241,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[73,1713,2017,1590,973,2666],"authors":[],"class_list":["post-10418","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersatu","tag-ipta","tag-kelulusan","tag-muhyiddin-yassin","tag-pendidikan","tag-uec"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10418","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10418"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10418\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10419,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10418\/revisions\/10419"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3241"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10418"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10418"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10418"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10418"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}