{"id":10429,"date":"2026-05-15T16:10:19","date_gmt":"2026-05-15T16:10:19","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10429"},"modified":"2026-05-15T16:10:23","modified_gmt":"2026-05-15T16:10:23","slug":"ringgit-mengukuh-selepas-data-ekonomi-rekod-pertumbuhan-5-4-peratus","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ringgit-mengukuh-selepas-data-ekonomi-rekod-pertumbuhan-5-4-peratus\/","title":{"rendered":"Ringgit mengukuh selepas data ekonomi rekod pertumbuhan 5.4 peratus"},"content":{"rendered":"<p>Ringgit ditutup kebanyakannya lebih kukuh berbanding mata wang utama dunia pada Jumaat selepas ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan lebih baik daripada jangkaan pada suku pertama 2026.<\/p>\n<p>Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara berkembang 5.4 peratus, mengatasi unjuran awal sebanyak 5.3 peratus. Prestasi itu dipacu permintaan domestik yang kekal kukuh, peningkatan pelaburan serta pertumbuhan eksport yang stabil.<\/p>\n<p>Namun begitu, mata wang tempatan masih tertekan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan pendirian Rizab Persekutuan AS (Fed) yang dijangka mengekalkan kadar faedah tinggi bagi mengawal inflasi.<\/p>\n<p>Pada jam 6 petang, ringgit susut kepada 3.9515\/9580 berbanding dolar AS daripada 3.9300\/9330 pada penutupan semalam.<\/p>\n<p>BNM berkata, pertumbuhan ekonomi negara turut disokong oleh perbelanjaan isi rumah yang berdaya tahan dalam keadaan pasaran pekerjaan yang memberangsangkan serta pelaksanaan dasar kerajaan yang berterusan.<\/p>\n<p>Penggunaan swasta meningkat 4.7 peratus pada suku pertama tahun ini, manakala pelaburan swasta berkembang 7.8 peratus. Eksport bersih pula melonjak 13.5 peratus hasil pertumbuhan eksport yang konsisten dan kadar import yang semakin sederhana.<\/p>\n<p>Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, kekuatan dolar AS masih dipengaruhi data ekonomi negara itu yang kekal positif.<\/p>\n<p>\u201cPertumbuhan jualan runcit AS sebanyak 4.9 peratus pada April menunjukkan Fed berkemungkinan mengekalkan dasar monetari ketat tahun ini, sekali gus menyokong pengukuhan dolar AS,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut berkata, pertemuan antara Presiden AS Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping baru-baru ini memberi isyarat hubungan perdagangan kedua-dua negara masih berada dalam keadaan stabil.<\/p>\n<p>Dalam dagangan mata wang lain, ringgit mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.2749\/2835 daripada 5.3094\/3135 dan meningkat berbanding euro kepada 4.5948\/6024 daripada 4.6009\/6044 sebelumnya.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, mata wang tempatan susut berbanding yen Jepun kepada 2.4927\/4968 daripada 2.4886\/4907.<\/p>\n<p>Di peringkat serantau, ringgit turut mengukuh berbanding baht Thailand tetapi diniagakan lebih rendah berbanding dolar Singapura, rupiah Indonesia dan peso Filipina.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ringgit ditutup kebanyakannya lebih kukuh berbanding mata wang utama dunia pada Jumaat selepas ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan lebih baik daripada jangkaan pada suku pertama 2026. Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara berkembang 5.4 peratus, mengatasi unjuran awal sebanyak 5.3 peratus. Prestasi itu dipacu permintaan domestik yang kekal kukuh, peningkatan pelaburan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":652,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[845,437,68,897,394],"authors":[],"class_list":["post-10429","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-bank-negara","tag-data","tag-ekonomi","tag-kdnk","tag-ringgit"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10429","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10429"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10429\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10430,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10429\/revisions\/10430"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/652"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10429"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10429"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10429"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10429"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}