{"id":10432,"date":"2026-05-16T06:12:15","date_gmt":"2026-05-16T06:12:15","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10432"},"modified":"2026-05-16T06:12:15","modified_gmt":"2026-05-16T06:12:15","slug":"laluan-uec-ke-ipta-kekal-dengan-syarat-lulus-bm-dan-sejarah-pmx","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/laluan-uec-ke-ipta-kekal-dengan-syarat-lulus-bm-dan-sejarah-pmx\/","title":{"rendered":"Laluan UEC ke IPTA kekal dengan syarat lulus BM dan Sejarah: PMX"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan menegaskan kemasukan pelajar lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) masih tertakluk kepada syarat tertentu termasuk wajib lulus Bahasa Melayu dan Sejarah.<\/p>\n<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, syarat itu dikenakan sama seperti kepada pelajar dari sekolah antarabangsa, maahad tahfiz dan sekolah aliran Arab yang berada di luar sistem pendidikan kebangsaan.<\/p>\n<p>\u201cKita syaratkan yang sama. Sekolah antarabangsa pun ada syarat yang sama, termasuk maahad tahfiz dan sekolah Arab. Sebab itu kita buat keputusan ini,\u201d katanya ketika merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-55 di Ipoh pada Sabtu.<\/p>\n<p>Menurut beliau, keputusan memberi laluan kepada pelajar UEC memasuki universiti awam dibuat selepas kerajaan memastikan prinsip asas pendidikan negara terus dipelihara.<\/p>\n<p>Isu pengiktirafan UEC sering menjadi perdebatan sejak puluhan tahun lalu kerana sijil itu digunakan oleh sebahagian sekolah persendirian Cina dan tidak berada sepenuhnya di bawah sistem pendidikan kebangsaan.<\/p>\n<p>Namun kerajaan melihat perkembangan semasa menunjukkan perubahan positif terutama dalam aspek integrasi nasional.<\/p>\n<p>Anwar berkata, lebih 80 peratus pelajar daripada aliran UEC kini memilih menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sekali gus menunjukkan kesediaan untuk menyesuaikan diri dengan keperluan pendidikan negara.<\/p>\n<p>Beliau turut mengimbau pengalaman ketika menjadi Menteri Pendidikan sebelum ini apabila usaha membincangkan pengiktirafan UEC berdepan kesukaran kerana jurang yang ketara antara sekolah persendirian Cina dan sistem pendidikan kebangsaan.<\/p>\n<p>\u201cPada masa itu sekolah Cina ini terpisah langsung dengan landasan pendidikan kebangsaan. Ada pemimpin guru yang enggan bercakap sepatah pun dalam Bahasa Melayu,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau berkata keadaan kini jauh berubah apabila wakil persatuan pendidikan Cina yang ditemui kebanyakannya fasih berbahasa Melayu dan lebih terbuka terhadap semangat perpaduan nasional.<\/p>\n<p>Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan menegaskan kemasukan pelajar lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) masih tertakluk kepada syarat tertentu termasuk wajib lulus Bahasa Melayu dan Sejarah. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, syarat itu dikenakan sama seperti kepada pelajar dari sekolah antarabangsa, maahad tahfiz dan sekolah aliran Arab yang berada di luar sistem pendidikan kebangsaan. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5931,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,857,1713,773,973,18,2730,2666],"authors":[],"class_list":["post-10432","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-cina","tag-ipta","tag-pelajar","tag-pendidikan","tag-pmx","tag-tahfiz","tag-uec"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10432","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10432"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10432\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10433,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10432\/revisions\/10433"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5931"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10432"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10432"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10432"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10432"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}