{"id":10441,"date":"2026-05-16T06:28:56","date_gmt":"2026-05-16T06:28:56","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10441"},"modified":"2026-05-16T06:28:56","modified_gmt":"2026-05-16T06:28:56","slug":"siasatan-isu-mesin-layan-diri-luar-bidang-kementerian-akmal-nasrullah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/siasatan-isu-mesin-layan-diri-luar-bidang-kementerian-akmal-nasrullah\/","title":{"rendered":"Siasatan isu mesin layan diri luar bidang kementerian: Akmal Nasrullah"},"content":{"rendered":"<p>Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir menegaskan desakan supaya siasatan dijalankan terhadap projek mesin layan diri di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR-INSAN) bukan berada di bawah bidang kuasa kementeriannya.<\/p>\n<p>Akmal Nasrullah berkata, fokus utama Kementerian Ekonomi ketika ini adalah memastikan program itu terus berjalan lancar demi membantu golongan sasaran, khususnya asnaf dan B40, meningkatkan pendapatan mereka.<\/p>\n<p>\u201cKementerian Ekonomi memberi tumpuan kepada pelaksanaan program supaya berjalan sebaik mungkin. Soal laporan atau siasatan itu di luar skop yang kita boleh kawal,\u201d katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Kerjasama Strategik Kementerian Ekonomi dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Masjid Wilayah Persekutuan hari ini.<\/p>\n<p>Menurut Akmal, kementerian telah turun padang menemui peserta program di beberapa negeri termasuk Kedah, Johor dan Kuala Lumpur, dan mendapati inisiatif berkenaan memberi kesan positif kepada penerima manfaat.<\/p>\n<p>\u201cKita sendiri bertemu peserta di lapangan dan melihat bagaimana golongan miskin serta asnaf berjaya meningkatkan pendapatan melalui program ini,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Program mesin layan diri IPR-INSAN diperkenalkan pada Februari 2023 ketika Rafizi Ramli menerajui Kementerian Ekonomi.<\/p>\n<p>Inisiatif itu menyediakan mesin menjual nasi lemak dan makanan segera lain bagi membantu golongan B40 menjana pendapatan tambahan. Sebanyak 100 mesin pertama mula beroperasi pada Jun tahun sama.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, projek itu kembali menjadi perhatian selepas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Mohd Puad Zarkashi, awal bulan lalu menggesa Ketua Audit Negara menyiasat status dan keberkesanan program berkenaan.<\/p>\n<p>Beliau mendakwa siasatan perlu dilakukan bagi memastikan tiada pembaziran berlaku selain meneliti kemungkinan wujud isu kenaikan harga pembelian mesin.<\/p>\n<p>Mengulas perkara itu, Akmal Nasrullah berkata sebarang pandangan atau kritikan yang dibangkitkan mana-mana pihak adalah hak masing-masing, namun kementerian kekal komited meneruskan program tersebut.<\/p>\n<p>\u201cSemangat Kementerian Ekonomi adalah membantu golongan yang benar-benar memerlukan. Isu lain yang timbul di luar sana, itu terpulang kepada pihak masing-masing,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut memaklumkan kementerian akan terus memberi perhatian kepada kesinambungan pelaksanaan program itu sepanjang tahun 2026.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir menegaskan desakan supaya siasatan dijalankan terhadap projek mesin layan diri di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR-INSAN) bukan berada di bawah bidang kuasa kementeriannya. Akmal Nasrullah berkata, fokus utama Kementerian Ekonomi ketika ini adalah memastikan program itu terus berjalan lancar demi membantu golongan sasaran, khususnya asnaf dan B40, meningkatkan pendapatan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10280,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[3368,68,3937,205,3938,9,209,21],"authors":[],"class_list":["post-10441","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-akmal-nasrullah-mohd-nasir","tag-ekonomi","tag-inisiatif-pendapatan-rakyat","tag-menteri","tag-mesin-layan-diri","tag-pkr","tag-rafizi-ramli","tag-sprm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10441","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10441"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10441\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10442,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10441\/revisions\/10442"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/10280"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10441"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10441"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10441"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10441"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}