{"id":10455,"date":"2026-05-16T09:12:12","date_gmt":"2026-05-16T09:12:12","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10455"},"modified":"2026-05-16T09:12:12","modified_gmt":"2026-05-16T09:12:12","slug":"bn-boleh-uji-kekuatan-bertanding-solo-pada-prn-johor-khairy","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/bn-boleh-uji-kekuatan-bertanding-solo-pada-prn-johor-khairy\/","title":{"rendered":"BN boleh uji kekuatan bertanding solo pada PRN Johor: Khairy"},"content":{"rendered":"<p>Bekas ketua pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berpandangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor wajar dijadikan medan terbaik untuk Barisan Nasional (BN) mengukur kekuatan sebenar parti dengan bertanding secara solo.<\/p>\n<p>Menurut beliau, langkah itu penting memandangkan Pilihan Raya Umum (PRU) dijangka berlangsung dalam tempoh lebih setahun lagi dan UMNO perlu mengetahui tahap sokongan rakyat terhadap parti tersebut tanpa bergantung kepada kerjasama politik lain.<\/p>\n<p>\u201cPada pandangan saya, kita uji kekuatan sebenar BN dan UMNO dengan bertanding secara solo di PRN Johor. Kita lihat sejauh mana kekuatan parti. Soal kerjasama untuk PRU boleh dibincangkan kemudian,\u201d katanya ketika berucap pada Majlis Kesyukuran Sempena Ulang Tahun UMNO Ke-80 anjuran UMNO Ketereh di Kota Bharu hari ini.<\/p>\n<p>Khairy berkata, Johor berbeza dengan beberapa negeri lain kerana kerajaan negeri ketika ini diterajui BN dan bukannya Kerajaan Perpaduan.<\/p>\n<p>Justeru, beliau melihat PRN itu sebagai peluang terbaik untuk mempertahankan kerajaan sedia ada sambil menilai pengaruh sebenar UMNO di negeri tersebut.<\/p>\n<p>\u201cJika keputusan PRN Johor cantik, kita boleh bawa momentum itu ke PRN Melaka dan negeri-negeri lain selepas ini,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Beliau juga mengingatkan ahli UMNO supaya terus mengekalkan hubungan baik dengan semua parti politik walaupun bersaing dalam pilihan raya.<\/p>\n<p>\u201cKelebihan UMNO adalah kita boleh bercakap dengan semua pihak. Cari kawan, jangan cari musuh,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Spekulasi mengenai PRN Johor semakin hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini susulan tempoh pentadbiran Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal berakhir tidak lama lagi.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata sebarang keputusan mengenai pembubaran DUN Johor dan tarikh pilihan raya perlu mendapat perkenan Sultan Ibrahim serta Tunku Mahkota Ismail.<\/p>\n<p>Beliau turut memaklumkan perkara itu akan dibincangkan bersama Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bekas ketua pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berpandangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor wajar dijadikan medan terbaik untuk Barisan Nasional (BN) mengukur kekuatan sebenar parti dengan bertanding secara solo. Menurut beliau, langkah itu penting memandangkan Pilihan Raya Umum (PRU) dijangka berlangsung dalam tempoh lebih setahun lagi dan UMNO perlu mengetahui tahap sokongan rakyat terhadap parti tersebut [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":418,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[1037,630,326,2252,103,101,3372,146],"authors":[],"class_list":["post-10455","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-barisan-nasional","tag-johor","tag-khairy-jamaluddin","tag-kj","tag-prn","tag-pru-16","tag-solo","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10455","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10455"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10455\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10456,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10455\/revisions\/10456"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/418"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10455"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10455"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10455"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10455"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}