{"id":10466,"date":"2026-05-16T10:45:52","date_gmt":"2026-05-16T10:45:52","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10466"},"modified":"2026-05-16T10:45:52","modified_gmt":"2026-05-16T10:45:52","slug":"tiada-pengampunan-untuk-jho-low-pmx","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/tiada-pengampunan-untuk-jho-low-pmx\/","title":{"rendered":"Tiada pengampunan untuk Jho Low: PMX"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak pernah mempertimbangkan sebarang cadangan untuk memberikan pengampunan kepada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).<\/p>\n<p>Menurut Perdana Menteri, kenyataannya sebelum ini berhubung isu pengampunan Jho Low \u201ctidak berbangkit\u201d telah disalah tafsir oleh sesetengah pihak.<\/p>\n<p>\u201cSaya kata ia tidak berbangkit sebab kita langsung tidak mempertimbangkannya,\u201d katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Surat Setuju Terima (SST) kepada kontraktor kecil Bumiputera di Kompleks Pendidikan Perak di Meru, hari ini.<\/p>\n<p>Anwar berkata, sebarang permohonan pengampunan melibatkan Jho Low tidak akan diberi perhatian memandangkan individu terbabit dikaitkan dengan dakwaan salah laku kewangan dan kerugian besar kepada negara.<\/p>\n<p>\u201cDia terlibat dalam salah laku, jenayah dan menyebabkan kerugian berbilion ringgit kepada negara. Jadi jika dia mahu memohon pengampunan, perkara itu memang tidak dipertimbangkan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Jho Low menjadi antara individu paling dikehendaki pihak berkuasa antarabangsa selepas dikaitkan dengan skandal 1MDB yang mencetuskan perhatian global lebih sedekad lalu.<\/p>\n<p>Ahli perniagaan itu didakwa memainkan peranan utama dalam penyelewengan dana syarikat pelaburan strategik negara tersebut yang menyebabkan kerugian berbilion dolar.<\/p>\n<p>Kes 1MDB turut mencetuskan siasatan di beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Switzerland dan Singapura, selain menyaksikan rampasan aset mewah serta tindakan undang-undang terhadap beberapa pihak yang dikaitkan dengan dana berkenaan.<\/p>\n<p>Sehingga kini, lokasi sebenar Jho Low masih tidak diketahui walaupun pelbagai usaha mengesannya dilakukan pihak berkuasa tempatan dan antarabangsa.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak pernah mempertimbangkan sebarang cadangan untuk memberikan pengampunan kepada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Menurut Perdana Menteri, kenyataannya sebelum ini berhubung isu pengampunan Jho Low \u201ctidak berbangkit\u201d telah disalah tafsir oleh sesetengah pihak. \u201cSaya kata ia tidak berbangkit sebab kita langsung [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9125,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[123,13,959,287,18,24],"authors":[],"class_list":["post-10466","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-1mdb","tag-anwar","tag-jho-low","tag-kewangan","tag-pmx","tag-rasuah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10466","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10466"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10466\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10467,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10466\/revisions\/10467"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/9125"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10466"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10466"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10466"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10466"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}