{"id":1047,"date":"2025-06-24T10:43:29","date_gmt":"2025-06-24T10:43:29","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=1047"},"modified":"2025-06-24T10:43:29","modified_gmt":"2025-06-24T10:43:29","slug":"kos-pembangunan-kota-madani-dianggar-bernilai-rm4-bilion-biaya-ikut-model-pfi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kos-pembangunan-kota-madani-dianggar-bernilai-rm4-bilion-biaya-ikut-model-pfi\/","title":{"rendered":"Kos pembangunan Kota Madani dianggar bernilai RM4 bilion, biaya ikut model PFI"},"content":{"rendered":"<p>Dianggarkan perbelanjaan bagi pembangunan Kota Madani sekitar RM4 bilion yang akan dibiaya melalui model Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI).<\/p>\n<p>Kerajaan melantik Putrajaya Holdings sebagai pemaju utama bagi membangunkan projek seluas 41.28 hektar di Presint 9 itu nanti.<\/p>\n<p>Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Fadlun Mak Ujud dilaporkan berkata setiap kos pembinaan akan dijalankan secara terperinci bagi memastikan perbelajaan secara optimum dan tidak membazirkan wang rakyat.<\/p>\n<p>\u201cPihak Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri, akan meneliti secara terperinci kos pembangunan yang mana semua perbelanjaan perlu melalui proses tertentu, termasuk penilaian nilai.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan sentiasa menekankan aspek penjimatan, namun matlamat menyediakan kemudahan, khususnya kepada penjawat awam dan mereka yang bekerja di Putrajaya, tetap menjadi keutamaan,\u201d katanya dalam sesi taklimat media Kota Madani hari ini.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa fasa pertama Kota Madani melibatkan pembinaan sekitar 3,000 unit kediaman dan sebuah sekolah menengah, dijangka siap dan beroperasi sepenuhnya menjelang hujung 2027.<\/p>\n<p>Kota Madani bakal menempatkan 10,000 unit kuarters kediaman bagi menampung lebih 30,000 penduduk dan akan dibina secara vertikal berintensiti tinggi.<\/p>\n<p>Reka bentuk projek ini mengintegrasikan teknologi kecerdasan buatan (AI), prasarana digital berkecekapan tinggi dan sistem mobiliti hijau.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Fadlun menjelaskan bahawa Putrajaya Holdings akan membuka tender untuk melantik kontraktor dan pihak berkepentingan dalam projek berkenaan dalam masa terdekat.<\/p>\n<p>Menurutnya, keutamaan diberi kepada penyiapan Fasa 1 berlandaskan model Bina\u2013Pajak\u2013Selenggara\u2013Pindah (BLMT) bagi mengurangkan beban kewangan kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cOleh itu, kerajaan tidak menanggung secara langsung kos penyelenggaraan kuarters, sebaliknya ia dibiayai dalam tempoh jangka panjang seperti yang ditetapkan.<\/p>\n<p>\u201cTempoh bayaran balik juga akan ditentukan oleh UKAS,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa menegaskan bahawa nama Kota Madani dikekalkan, selaras dengan hasrat Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Anwar.<\/p>\n<p>\u201cKonsep Bandar CHASE (Bersih, Sihat, Maju, Selamat dan Mesra Alam) telah digarap secara menyeluruh, sebagaimana diperkenalkan oleh Jabatan Wilayah Persekutuan.<\/p>\n<p>\u201cJadi, tiada kaitan dengan dakwaan bahawa nama itu akan ditukar sekiranya kerajaan bertukar suatu hari nanti, kerana konsep yang diterapkan dalam projek Kota Madani ini adalah menyeluruh dan tidak hanya menggambarkan kerajaan semasa.<\/p>\n<p>\u201cSekiranya konsep ini berjaya dilaksanakan di Putrajaya, ia mungkin akan diperluaskan ke lokasi lain,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dianggarkan perbelanjaan bagi pembangunan Kota Madani sekitar RM4 bilion yang akan dibiaya melalui model Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI). Kerajaan melantik Putrajaya Holdings sebagai pemaju utama bagi membangunkan projek seluas 41.28 hektar di Presint 9 itu nanti. Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Fadlun Mak Ujud dilaporkan berkata setiap kos pembinaan akan dijalankan secara terperinci bagi memastikan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1048,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[170,683,681,679,680,18,682],"authors":[],"class_list":["post-1047","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar-ibrahim","tag-belanja","tag-kos","tag-kota-madani","tag-pfi","tag-pmx","tag-putrajaya"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1047","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=1047"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1047\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1049,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1047\/revisions\/1049"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1048"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=1047"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=1047"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=1047"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=1047"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}