{"id":10473,"date":"2026-05-17T05:36:11","date_gmt":"2026-05-17T05:36:11","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10473"},"modified":"2026-05-17T05:36:11","modified_gmt":"2026-05-17T05:36:11","slug":"pua-cadang-ph-tamatkan-kerjasama-dengan-bn","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pua-cadang-ph-tamatkan-kerjasama-dengan-bn\/","title":{"rendered":"Pua cadang PH tamatkan kerjasama dengan BN"},"content":{"rendered":"<p>Veteran DAP, Tony Pua menggesa Pakatan Harapan (PH) menetapkan garis masa untuk menamatkan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) susulan keputusan BN Johor mahu bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).<\/p>\n<p>Menurut Pua, tindakan itu membuktikan UMNO tidak lagi komited terhadap kerjasama politik dalam Kerajaan Madani dan hanya mahu menguntungkan pihak sendiri.<\/p>\n<p>\u201cUMNO telah menunjukkan sifat sebenar mereka. Ini menjadikan kerjasama pilihan raya antara PH dan BN dalam PRU16 tidak boleh dipertahankan lagi,\u201d katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.<\/p>\n<p>Pua turut mendakwa PH berisiko \u201cditikam dari belakang\u201d sekiranya kerjasama itu diteruskan tanpa pendirian yang jelas daripada BN.<\/p>\n<p>Kenyataan beliau dibuat sehari selepas BN Johor mengumumkan hasrat untuk bertanding secara solo di semua kerusi DUN, walaupun gabungan itu masih bekerjasama dengan PH di peringkat negeri dan Persekutuan.<\/p>\n<p>Pengerusi BN Johor, Onn Hafiz Ghazi berkata keputusan itu dibuat selepas perbincangan bersama kepimpinan UMNO negeri dan pusat.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Pua menegaskan beliau tidak yakin keputusan di Johor tidak akan memberi kesan kepada hubungan PH-BN di peringkat nasional.<\/p>\n<p>Bekas Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan itu berkata PH perlu bersedia berdepan BN secara langsung walaupun berdepan risiko kekalahan.<\/p>\n<p>\u201cLebih baik kita kalah dalam pilihan raya dengan maruah dan kehormatan daripada terkhianati di tangan UMNO. Biar putih tulang, jangan putih mata,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau bagaimanapun mengakui PH sedang berdepan persepsi negatif dalam kalangan pengundi meskipun kerajaan mempunyai beberapa pencapaian terutama dalam sektor ekonomi.<\/p>\n<p>Langkah BN Johor itu dilihat mengingatkan kepada strategi gabungan berkenaan ketika PRN Melaka dan Johor pada 2021 dan 2022 yang menyaksikan mereka menang besar melalui pertandingan pelbagai penjuru serta kadar keluar mengundi rendah.<\/p>\n<p>Namun, momentum tersebut gagal diterjemahkan pada Pilihan Raya Umum 2022 apabila BN tewas teruk di banyak kawasan Parlimen termasuk di Melaka.<\/p>\n<p>Keputusan BN bergerak solo di Johor juga dilihat menambah ketegangan hubungan dengan PH selepas gabungan itu sebelum ini menarik sokongan terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Veteran DAP, Tony Pua menggesa Pakatan Harapan (PH) menetapkan garis masa untuk menamatkan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) susulan keputusan BN Johor mahu bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Menurut Pua, tindakan itu membuktikan UMNO tidak lagi komited terhadap kerjasama politik dalam Kerajaan Madani dan hanya mahu menguntungkan pihak sendiri. \u201cUMNO telah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6214,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[3940,63,630,824,285,727,2756],"authors":[],"class_list":["post-10473","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bn-umno","tag-dap","tag-johor","tag-kerjasama","tag-madani","tag-pakatan-harapan","tag-tony-pua"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10473","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10473"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10473\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10474,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10473\/revisions\/10474"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6214"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10473"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10473"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10473"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10473"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}